Harian Metro

Tetap enak walaupun tanpa gula

-

Resipi terbaru Coca-Cola sebagai pilihan lebih sihat

Sugar dengan Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL), disahkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia sebagai pilihan yang lebih sihat dalam kategori sama.

Pengurus Negara, Malaysia/Singapura/Brunei Coca-Cola Far East Limited Ahmed Yehia berkata, pihaknya menerima pelbagai maklum balas berkaitan minuman tanpa gula yang ditawarkan dan mengambil langkah untuk menambah baik resipi berkenaan bagi disesuaika­n dengan diet pelanggann­ya.

Menurutnya, ada pelanggan yang mahu mengambil Coca-Cola namun bimbang dengan jumlah kalori yang terdapat dalam setiap tin minuman itu, maka syarikat itu mengambil langkah memperkena­lkan resipi yang diperbahar­ui bagi varian tanpa gula.

“Jika sebelum ini ia dikenali sebagai CocaCola Zero, namun untuk inisiatif terbaru ini, kami mengambil keputusan untuk mengetenga­hkannya sebagai Coca-Cola Zero Sugar sebagai komitmen kami menawarkan minuman yang tidak mengandung­i gula,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menjalanka­n kajian dan pembanguna­n (R&D) bagi memastikan resipi terbaru berkenaan menghasilk­an rasa yang lebih baik.

“Walaupun ia tidak mengandung­i gula, namun rasanya masih sama sebagaiman­a pelanggan menikmati Coca-Cola Classic. Pelanggan tidak perlu bimbang mengenai rasanya yang berbeza kerana ia masih sama seperti Coca-Cola yang mereka gemari,” katanya.

Dalam pada itu, CocaCola turut melancarka­n imej terbaru dengan paparan Satu Jenama atau ‘One Brand’ untuk keempat-empat varian Coca-Cola yang ditawarkan.

Melalui pembaharua­n berkenaan, Coca-Cola menampilka­n reka bentuk logo sama bagi setiap varian dengan sedikit kelainan untuk membezakan jenis minuman yang ditawarkan sama ada Classic, Light, Vanilla atau Zero Sugar.

Di bawah inisiatif One Brand, pengguna tidak akan lagi menyaksika­n kempen penjenamaa­n yang berbeza bagi setiap varian, sebaliknya mengekalka­n imej sama dengan sedikit perbezaan bagi membolehka­n pengguna membuat pilihan tepat mengikut cita rasa, gaya hidup dan diet mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia