Harian Metro

LOKASI MAKIN DIKENALI DUNIA

-

Pelbagai aktiviti lasak dilakukan untuk amatur hinggalah ke peringkat antarabang­sa

DARI MUKA N35

Gelaran itu sangat sesuai dengan dirinya yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkenaan selepas diceburiny­a lebih 30 tahun lalu selain mendapat pengiktira­fan dunia.

Beliau bukan calangcala­ng orang kerana peranannya begitu besar apabila membangunk­an kawasan terbiar menjadi sebuah pusat rekreasi menarik yang terletak di

Batu Caves

Selain menamakan kawasan berkenaan Gua Damai, beliau juga tidak berkira membelanja­kan wang simpanan lebih RM300,000 semata-mata membangunk­an kawasan berkenaan.

Beliau ialah Mustapha

Al- Bakri Omar, 67, iaitu individu pertama yang menjumpai kawasan terbabit 20 tahun lalu tetapi usaha itu tidak diketahui umum.

Gua Damai berkongsi dengan bukit besar Batu Caves iaitu terletak di bahagian utara bukit berkenaan. Manakala bahagian selatan pula menjadi tempat beribadat agama Hindu.

Berkeluasa­n kira-kira dua hektar, Gua Damai mempunyai lima gua iaitu Gua Kristal, Gua Anjing, Gua Chili Padi, Gua Ichibawa dan Gua Fig Tree. Namun, ramai tidak mengetahui kewujudan kawasan itu serta gua berkenaan.

Namun begitu, hanya empat gua dibuka kepada umum selain Gua Kristal kerana gua itu (Gua Kristal) dibuka kepada pengkaji atau pelajar dalam jurusan berkenaan.

Ia bertujuan memelihara gua batu kapur itu yang dikatakan mempunyai dinding kristal bergemerla­pan apabila disuluh dengan lampu.

Penulis bersama jurugambar Eizairi Shamsudin serta 90 peserta lain, seharian menyertai Eksplorasi Gua Damai anjuran Majlis Perbandara­n Selayang (MPS), baru-baru ini berpeluang meneroka Gua Ichibawa, Gua Chili Padi, Gua Fig Tree dan berpeluang melakukan aktiviti ‘absailing’.

Penulis merumuskan, ia satu pengalaman menarik yang sukar dilupakan dan

 ??  ?? PESERTA bergambar di hadapan Gua Fig tree.
PESERTA bergambar di hadapan Gua Fig tree.
 ??  ?? PESERTA mendaki untuk memasuki ke Gua Fig Tree.
PESERTA mendaki untuk memasuki ke Gua Fig Tree.
 ??  ?? PESERTA mencuba aktiviti ‘absailing’ .
PESERTA mencuba aktiviti ‘absailing’ .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia