Harian Metro

TUAH BATIK PARI-PARI

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Kreativiti keluarga Ghazali Hanan memakai pakaian batik berkonsepk­an paripari ketika menyertai acara Jalan Kaki Riang Ria Batik 2017 di Balai Seni Negara membawa tuah apabila keluarga itu dipilih pemenang bagi kategori Pakaian Keluarga Paling Kreatif.

Lebih menarik, pakaian terbabit hasil sentuhan dua peserta acara berkenaan iaitu Afnan Ghazali, 27, yang menjahit baju-T dan manakala Raihan Ghazali,32, pula menjahit bahagian kipas.

Pasukan membabitka­n 10 peserta terdiri daripada anak dan cucu Ghazali berusia antara 7 hingga 45 tahun.

Afnan berkata, dia mendapat idea konsep itu selepas anak saudaranya Nur Humairah Mohd Hisban berusia tujuh tahun menyatakan keinginan memakai pakaian berkonsep paripari bagi acara berkenaan.

“Dia (Nur Humairah) beritahu mahukan pakaian itu dua hari sebelum acara berkenaan berlangsun­g.

“Saya berbincang dengan ahli keluarga yang lain dan mereka bersetuju untuk memakai pakaian seragam itu.

“Saya bekerjasam­a dengan kakak (Raihan) untuk mereka pakaian itu supaya kelihatan menarik dan kami bekerja keras menyiapkan untuk 10 pakaian kesemua ahli dalam tempoh singkat,” katanya.

Katanya, dia tidak menyangka keluargany­a terpilih sebagai pemenang kerana peringkat awal hanyalah sekadar mencuba nasib memandangk­an peserta lain tidak kurang hebatnya menonjolka­n kreativiti masing-masing.

“Ini kali pertama kami sekeluarga menyertai acara berkenaan walaupun ia sudah diadakan sejak 15 tahun lalu dan mengetahui penganjura­nnya menerusi laman sosial.

“Kami berminat menyertain­ya (Jalan Kaki Riang Ria Batik) sejak kami mula aktif dengan acara maraton Oktober tahun lalu setelah mempunyai kesedaran terhadap gaya hidup sihat,”katanya.

Manakala peserta daripada Management & Science University (MSU) Tengku Nureen Faqihah Tengku Mohd Fauzi,21, berkata, program berkenaan sangat bagus kerana dapat menghimpun­kan ramai peserta berbilang kaum selain boleh memperkuku­hkan semangat perpaduan.

“Jika tiada acara seperti ini, agak sukar untuk kita melihat rakyat negara ini berkumpul beramai-ramai dalam suasana harmoni.

“Selain itu juga, ia dapat menghidupk­an ‘semangat’ batik yang kini seolaholah dipandang sepi oleh masyarakat terutamany­a golongan muda.

“Dahulu, batik banyak digunakan dalam kehidupan harian tetapi kini sudah menjadi sebagai bahan seni yang bernilai tinggi.

“Selian itu batik turut mencermink­an elemen perpaduan kepelbagai­an kaum di negara ini,”katanya.

Difahamkan acara anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) berjaya menarik 3,200 peserta membabitka­n laluan sejauh 3.8 kilometer, bermula dan berakhir di Balai Seni Negara melalui Jalan Temerloh, Jalan Kuantan dan Jalan Tembeling.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif PENYAYANG Datuk Leela Mohd

Ali berkata, program itu akan terus diadakan pada masa akan datang memandangk­an mendapat sambutan menggalakk­an daripada masyarakat.

Katanya, hasil kutipan daripada acara itu akan disumbangk­an kepada kumpulan sokongan kanser iaitu Penyayang Pesakit Kanser (PPK) dan Institut Kanser Negara.

 ?? FOTO: ?? AFNAN menggayaka­n pakaian batik berkonsepk­an pari-pari ciptaannya.
FOTO: AFNAN menggayaka­n pakaian batik berkonsepk­an pari-pari ciptaannya.
 ??  ?? AHLI keluarga Ghazali Hanan pemenang bagi kategori Pakaian Keluarga Paling Kreatif.
AHLI keluarga Ghazali Hanan pemenang bagi kategori Pakaian Keluarga Paling Kreatif.
 ??  ?? PESERTA memulakan acara Jalan Kaki Riang Ria Batik 2017 di Balai Seni Negara.
PESERTA memulakan acara Jalan Kaki Riang Ria Batik 2017 di Balai Seni Negara.
 ??  ?? ANTARA gelagat menarik peserta.
ANTARA gelagat menarik peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia