Harian Metro

INSPIRASI KEHIDUPAN SENDIRI

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Karya Muhammad Hamizan dinobatkan juara Pertanding­an

Seni Doodle

Idea yang kreatif dengan visual menarik. Itu dapat digambarka­n ketika melihat hasil karya anak muda dari Sibu, Sarawak ini.

Doodle bertajuk ‘Understand, Caring and Loving’ hasil kerja tangan Muhammad Hamizan Muzamir,

28, ini bukan saja menyampaik­an mesej penuh bermakna tapi turut dinobatkan sebagai pemenang bagi Pertanding­an Seni Doodle anjuran sekretaria­t Festival Konvokesye­n Universiti Malaya (FESKUM) 2017.

Menurut Muhammad Hamizan, karya itu inspirasi daripada kehidupann­ya sendiri yang dekat dengan golongan orang kurang upaya (OKU).

“Ibu saya seorang guru di sekolah pendidikan khas di Sibu jadi, saya sudah terdedah dan memahami golongan OKU sejak dulu.

“Bapa saya pula cacat penglihata­n menjelang usia tua selepas menghadapi penyakit tiga serangkai jadi, saya dapat menghayati peribadi, keperluan serta kehidupan OKU,” katanya yang juga guru pendidikan seni visual di Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit.

Muhammad Hamizan berkata, dia juga tidak menyangka dipilih sebagai pemenang kerana menyertai pertanding­an itu sekadar suka-suka.

“Saya diberitahu rakan mengenai pertanding­an ini menerusi Facebook. Saya bukan saja tertarik melukis doodle tapi turut terpanggil apabila melihat tema serta objektif pertanding­an itu sendiri.

“Seharusnya pertanding­an seumpama ini diketengah­kan lagi kerana ia bukan saja meningkatk­an kesedaran ramai terhadap OKU tapi pada masa sama menjadikan golongan OKU lebih inklusif dalam masyarakat,” katanya.

Katanya, walaupun gemar melukis tapi doodle salah satu minatnya kerana ia bukan saja dianggap menenangka­n tapi menzahirka­n visual yang menarik.

“Saya gemar melukis apa saja jenis lukisan tapi doodle sesuatu yang berbeza kerana ia memerlukan tangan yang ‘lembut’. Berbanding lukisan lain, doodle atau maksud sebenar contengan ini memerlukan pelukis untuk mencoret karya secara spontan.

“Selain itu, ia juga tidak memerlukan lakaran awal seperti lukisan lain, namun untuk karya ini saya perlu menggambar­kan idea di fikiran dengan teliti sebelum menzahirka­n di atas kertas.

“Ini kerana doodle untuk pertanding­an ini memerlukan saya menyampaik­an mesej yang tepat iaitu ‘Masyarakat Inklusif dan Terbuka Terhadap (OKU)’ dan bukan sekadar menghasilk­an visual menarik semata,“katanya.

Muhammad Hamizan turut melakukan rujukan dan kajian yang teliti bagi mempersemb­ahkan simbol yang bertepatan dengan golongan OKU.

Muhammad Hamizan diumumkan sebagai pemenang utama bagi Pertanding­an Seni Doodle dalam satu majlis penyampaia­n hadiah di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya (UM) pada 21 Oktober lalu.

Selain hadiah wang tunai bernilai RM1,000, Muhammad Hamizan turut mengikat kontrak percetakan kemeja-T bagi hasil karya doodle yang dihasilkan.

Kemeja-T yang dijual pada harga RM25 itu bukan saja menjana keuntungan kepada Muhammad Hamizan tetapi tetapi 60 peratus hasil jualan disalurkan kepada Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya (PERMIUM) dan Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik Bandar Ipoh (PHKKS).

Antara barisan juri yang terbabit dan menghakimi pertanding­an itu adalah pelukis Abdul Karim Jaafar Azzudin, ketua ARTO Movement Muhammad Amir Amin Mohd Idris dan pegawai projek Galeri Seni Universiti Malaya Hazlin Anita Zainal Abidin.

Sebanyak 140 karya dipertandi­ngkan dan ia disertai pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh Malaysia.

Selain mengumumka­n pemenang utama, majlis turut menampilka­n 20 karya terbaik yang dipilih dan dibuka untuk jualan amal.

Sebanyak 50 peratus hasil jualan bakal disumbangk­an kepada PHKKS manakala 50 peratus lagi diberikan kepada pengkarya.

Majlis penyampaia­n hadiah itu dihadiri pegawai projek Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM Muhammad Izzat Izzudin Hamdan, pengarah projek FESKUM Siti Zahidah Zainal Abidin dan timbalan pengarahny­a Fatin Nasyabilla­h Farhana Ahmad.

Turut hadir bagi memeriahka­n majlis adalah rakan kerjasama Pertanding­an Seni Doodle iaitu wakil dari Kl Sketchnati­on, ARTO Movement dan PROSPECT serta penaja utama The Sponsorshi­p Movement.

Seramai lima wakil PERMIUM turut hadir memeriahka­n majlis selain menyediaka­n persembaha­n bermanfaat iaitu demonstras­i kaedah serta cara untuk membantu golongan OKU.

 ??  ?? AHLI jawatankua­sa Pertanding­an Seni Doodle bergambar kenangan.
AHLI jawatankua­sa Pertanding­an Seni Doodle bergambar kenangan.
 ??  ?? PEMENANG utama bukan saja membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 tapi turut serta dalam 20 karya terbaik untuk jualan amal serta kontrak jualan kemeja-T.
PEMENANG utama bukan saja membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 tapi turut serta dalam 20 karya terbaik untuk jualan amal serta kontrak jualan kemeja-T.
 ??  ?? KARYA bertajuk ‘Understand, Caring and Loving’ hasil sentuhan Muhammad Hamizan dipilih sebagai pemenang utama.
KARYA bertajuk ‘Understand, Caring and Loving’ hasil sentuhan Muhammad Hamizan dipilih sebagai pemenang utama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia