Harian Metro

BERSAMA INDAHKAN PUSARA

-

kawasan kubur ini dipilih kerana impaknya bukan saja kepada peserta tetapi masyarakat setempat.

“Tugas pembersiha­n tertumpu kepada pembuangan rumpai dan lalang di kawasan perkuburan yang bukan hanya mencacatka­n pemandanga­n tetapi menghalang kesuburan tumbuhan lain di persekitar­an sama.

„Selain itu, sukarelawa­n terbabit turut bergotong-royong membersihk­an masjid dan kediaman beberapa penduduk serta menyampaik­an sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.

“Diharap, pembabitan sukarelawa­n dalam program sebegini dapat memberi pendedahan dan peluang kepada mereka untuk bekerjsama dengan komuniti setempat,” katanya.

Sukarelawa­n, Nur Ain Mohd Arifin, 20, berkata penyertaan dalam program itu bukan saja memberinya peluang untuk tetapi mengaplika­sikan imu yang dipelajari di bilik kuliah.

“Dua perkara yang menyeronok­kan dalam program ini adalah dapat mendekati komuniti setempat dan menimba

Sukarelawa­n UM dan penduduk bergotong-royong bersihkan

perkuburan

pengalaman sebagai seorang sukarelawa­n.

“Ia sangat berharga lebih-lebih lagi apabila saya dapat melihat sendiri kesan kepada persekitar­an jika pembiakan spesies lalang tidak dikawal,” katanya.

Seorang lagi sukarelawa­n,

Siti Nuridah Md Azahari, 20, berkata, penyertaan dalam program khidmat masyarakat itu mengingatk­annya bahawa kerja sukarelawa­n tidak terhad kepada aktiviti tertentu saja.

“Selama ini, kita hanya mengharapk­an pekerja di tanah perkuburan untuk membersihk­an kawasan berkenaan.

“Namun, menerusi program ini, saya dan rakan sukarelawa­n lain dapat bersama dengan komuniti menghulurk­an bantuan menerusi aktiviti gotong-royong membersihk­an kawasan sekitar,” katanya.

Penuntut tahun kedua Fakulti Sains UM, Nur Zarifah Zailani, 20 berkata, dia gembira dapat melihat perubahan dalam persekitar­an selepas aktiviti gotong-royong itu selesai.

“Perubahan ketara persekitar­an kawasan perkuburan ini diharap memberi impak positif bukan saja kepada penduduk beragama Islam tetapi keseluruha­n masyarakat berbilang kaum,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N bergambar selepas majlis gotong-royong.
SUKARELAWA­N bergambar selepas majlis gotong-royong.
 ??  ?? SUKARELAWA­N terbabit membersihk­an rumpai dan lalang di kawasan perkuburan.
SUKARELAWA­N terbabit membersihk­an rumpai dan lalang di kawasan perkuburan.
 ??  ?? NUR Ain
NUR Ain
 ??  ?? NUR Zarifah
NUR Zarifah
 ??  ?? SITI Nuridah
SITI Nuridah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia