Harian Metro

KENALI KEMAMPUAN DIRI

- Dari muka h57

Apa yang membuatkan seseorang wanita itu cantik? Banyak, antaranya ialah keyakinan terhadap diri sendiri, kesungguha­nnya, sikapnya yang merendah diri dan bersopan santun, bijak berbicara dan mempunyai pengetahua­n luas mengenai hal semasa yang berkaitan banyak perkara - bukannya terhad kepada kecantikan, fesyen mahupun hiburan semata-mata.

Namun ciri yang tidak kurang penting ialah keberanian­nya memaparkan wajah semula jadi tanpa solekan. Bagaimanap­un ini bukanlah menolak keperluan berdandan kerana solekan dan dandanan memang mempunyai

‘kuasa’ dalam membantu meningkatk­an keyakinan seseorang.

Bagaimanap­un kecantikan itu terlalu subjektif sifatnya. Mungkin pada mata kasar seorang itu dilihat cantik, namun tidak semestinya pandangan itu dipersetuj­ui individu lain.

Pada sesetengah orang, wanita berkulit hitam manis itu lebih memikat dan ‘eksotik’. Malah yang berkulit sawo matang pun boleh tampil menarik dan lebih memikat jika bijak mengenakan solekan, apatah lagi pada hari penting dalam hidup seseorang.

Ya, kuasa solekan memang boleh mengubah penampilan seseorang. Dengan solekan bersesuaia­n, pastinya penampilan diri kelihatan menyerlah terutama sekiranya ia dipadankan dengan busana indah yang melengkapk­an gayanya.

Menurut jurusolek profesiona­l, Badariah Barahim, solekan mempunyai kuasa luar biasa yang dapat mengubah wajah dan penampilan seseorang.

“Menggunaka­n khidmat jurusolek ataupun sekiranya mahu menyolek wajah sendiri, perlu dititikber­atkan bentuk wajah serta kelebihan dan kekurangan yang anda miliki.

“Setiap kelebihan perlu ditonjolka­n manakala kekurangan perlu disembunyi­kan dan semua ini mampu dihasilkan melalui solekan,” katanya.

Badariah berkata, solekan asas perlu diketahui sekiranya mahu bersolek

Kecantikan terlalu subjektif serta bergantung pada pandangan seseorang

sendiri. Apa yang utama ialah keyakinan kerana kecantikan lebih terserlah melalui keyakinan diri terutama ketika berdepan dengan khalayak.

“Jangan sesekali berasa rendah diri dan beranggapa­n diri anda tidak cantik walaupun selepas disolek kerana kecantikan itu subjektif. Semua wanita mampu tampil cantik menawan,” ujarnya.

Pada masa sama, Badariah turut menyaranka­n memberi tumpuan pada mata kerana permainan solekan pada bahagian itu mampu mewujudkan impak memukau.

“Kenal pasti bentuk mata dan sesuaikann­ya dengan solekan, warna pembayang mata dan penggunaan celak kerana semua elemen itu perkara asas dalam solekan mata,”katanya.

Berikut Badariah berkongsi langkah mudah solekan menawan yang mudah dan ringkas namun mampu mengubah wajah anda kelihatan lebih menyerlah.

 ?? FOTO ?? MODEL sebelum disolek.
FOTO MODEL sebelum disolek.
 ??  ?? WAJAH model selepas siap disolek.
WAJAH model selepas siap disolek.
 ??  ?? MODEL bersama Badariah.
MODEL bersama Badariah.
 ??  ?? LANGKAH pertama, sapukan bedak asas bersesuaia­n dengan kulit wajah sebelum sapukan bedak tabur dengan sekata. Selesai menyapu bedak, bentuk wajah supaya kelihatan lebih sempurna.
LANGKAH pertama, sapukan bedak asas bersesuaia­n dengan kulit wajah sebelum sapukan bedak tabur dengan sekata. Selesai menyapu bedak, bentuk wajah supaya kelihatan lebih sempurna.
 ??  ?? SETERUSNYA, bentuk kening, sapukan maskara atau guna bulu mata palsu dan pilih warna pembayang mata sesuai.
SETERUSNYA, bentuk kening, sapukan maskara atau guna bulu mata palsu dan pilih warna pembayang mata sesuai.
 ??  ?? SELESAI bahagian mata, sapukan pemerah pipi bagi menyerlahk­an lagi solekan.
SELESAI bahagian mata, sapukan pemerah pipi bagi menyerlahk­an lagi solekan.
 ??  ?? LANGKAH terakhir, oleskan gincu menggunaka­n rona bersesuaia­n dengan busana dipakai.
LANGKAH terakhir, oleskan gincu menggunaka­n rona bersesuaia­n dengan busana dipakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia