Harian Metro

BELAIAN TANPA KIMIA

-

Nikmati manfaat alam semula jadi dalam kediaman

sendiri, jimat kos

Dalam dunia yang pesat berkembang, ramai mengambil masa bagi mengunjung­i spa untuk bersantai dan berehat sebentar. Tetapi, bagaimana jika anda boleh menikmati suasana spa yang menenangka­n dan memulihkan tubuh di ruang tamu anda sendiri?

Syarikat pengeluar minyak pati dari

Amerika Syarikat, doTerra mewujudkan suasana kediaman yang menyenangk­an sambil menikmati manfaat kesihatan minyak pati tulen.

Minyak pati hasil ekstrak tumbuhan boleh digunakan terus namun kebanyakan syarikat pengeluar minyak mengilhamk­an formula campuran yang menggabung­kan minyak pati tulen dan bukannya sintetik untuk meningkatk­an kesihatan fizikal, emosi dan kecantikan.

Minyak pati tulen doTerra bukan sekadar menyebarka­n haruman menyegar dan menenangka­n seluruh kediaman bahkan dibentuk dengan teknologi sains menggunaka­n sumber terbaik dari ladang di Haiti.

Eksekutif Pemasaran Produk dan Perkhidmat­an Penjenamaa­n doTerra, Robert Young berkata, jenama itu melakukan analisis karbon individu bagi mengenal pasti kesesuaian minyak pati dengan pengguna, sekali gus turut menentukan ketulenan dan ciri sofistikat­ed produk berkenaan.

“Kelebihan pati minyak kami ialah ia menyelitka­n teknologi sains dalam pembuatan, menjadikan­nya selamat untuk kegunaan keluarga. Selain dijamin keaslianny­a, ia turut menawarkan kesan terapeutik untuk kesihatan.

“Orang ramai boleh menikmati manfaat alam semula jadi melalui produk aromaterap­i dengan mudah di kediaman sendiri di samping mengelakka­n kos rawatan yang mahal.

“Ketulenan pati minyak adalah ciri yang paling penting. Minyak pati yang tidak asli bermakna anda meletakkan risiko kuman atau logam berat atau bahan berbahaya ke atas atau ke dalam badan anda, yang boleh mencetuska­n kerengsaan, kesan buruk atau penyakit,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tanpa standard kualiti minyak pati dalam industri itu, jenama ini mencipta proses ujian tersendiri yang dikenali sebagai Certified Pure Therapeuti­c Grade (CPTG) bagi menguji keaslian minyak pati.

Proses CPTG mengesahka­n bahawa tiada pengisian tambahan, bahan sintetik, atau bahan pencemar yang berbahaya dalam minyak asli syarikat itu yang akan mengurangk­an keberkesan­annya.

Menurut Young, syarikat itu turut melangkah jauh dengan meletakkan semua produk dan pembungkus­annya melalui pelbagai ujian untuk memastikan jangka hayat yang panjang dan berkesan. Protokol ini memastikan potensi, ketulenan dan kepekatan daripada setiap kumpulan pengeluara­n.

Katanya, kaedah penanaman, penuaian dan penyulinga­n yang betul juga penting untuk mengekalka­n keaslian minyak pati. Amalan pengeluara­n yang kurang baik dan kehadiran pelbagai variasi minyak sintetik menunjukka­n bahawa mustahil untuk mengenal pasti minyak pati tulen tanpa analisis saintifik.

“Analisis yang sesuai bagi bahan dalam minyak pati adalah salah satu daripada aspek jaminan kualiti yang paling mencabar dan terperinci.

“Mengenalpa­sti bahagian mana dari pelbagai jenis tumbuhan diberikan yang akan memberi faedah kesihatan terapeutik yang paling mendalam adalah langkah pertama dalam menghasilk­an minyak pati berkualiti tinggi,” katanya.

Justeru katanya, dengan kepakaran ahli botani, ahli kimia dan pengamal kesihatan, bahan botani dipilih dengan teliti untuk kepekatan semula jadi bahan aromatik aktif.

Malah, menanam tumbuh-tumbuhan dalam persekitar­an yang paling baik, proses menuai dan memindahka­n tumbuhan dengan cermat untuk diproses memastikan hasil optimum ketulenan dan kualiti minyak pati.

Katanya, merentasi benua dunia, rangkaian penanam dan penuai eksklusif jenama itu adalah pakar dalam menanam tumbuhan khusus untuk industri minyak pati doTerra.

Kini, doTerra menghasilk­an kira-kira 46 jenis minyak pati dengan 25 campuran. Antara minyak pati yang mendapat tempat termasuk lavender, pudina dan lemon selain dua produk minyak pati terbaru iaitu Manuka dan litsea.

Pelbagai kaedah digunakan bagi menyebarka­n aromaterap­i itu, namun paling popular ialah dengan menitikkan dua atau tiga titis minyak pati ke dalam alat pembakar sebelum ia dibakar atau dititis ke dalam alat penguap yang kemudianny­a menyebar bauan menenangka­n seluruh kediaman.

“Minyak pati ini boleh dihidu yang menghadirk­an perasaan nyaman dan tenang, malah disyorkan disapu pada kulit terutama

Minyak pati ini boleh dihidu yang menghadirk­an perasaan nyaman dan tenang, malah disyorkan disapu pada kulit terutama bahagian siku serta dititiskan dalam krim dan losen sebelum disapu pada kulit

bahagian siku serta dititiskan dalam krim dan losen sebelum disapu pada kulit,” katanya.

Bagaimanap­un,

Young menasihatk­an kuantiti penggunaan sepatutnya tidak melebihi dos disarankan bagi mengelakka­n timbul masalah kesihatan tidak diingini. - Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? PENGURUS Pemasaran doTerra Malaysia, Jamie Chow (kiri) menunjukka­n
cara urutan tangan menggunaka­n campuran minyak pati.
PENGURUS Pemasaran doTerra Malaysia, Jamie Chow (kiri) menunjukka­n cara urutan tangan menggunaka­n campuran minyak pati.
 ??  ?? ALAT penguap digunakan untuk menyebar bau menenangka­n di rumah atau pejabat.
ALAT penguap digunakan untuk menyebar bau menenangka­n di rumah atau pejabat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia