Harian Metro

JERAWAT TAK KENAL USIA

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Kesan bintik pada muka, badan boleh berlarutan jika tidak dirawat

Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabka­n tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat.

Menurut satu kaji selidik terkini yang dijalankan oleh jenama penjagaan kulit Hiruscar, kira-kira 90 peratus rakyat Malaysia pernah mengalami atau sedang menghadapi masalah jerawat .

Pakar Perunding Dermatolog­i Pusat Perubatan Universiti Malaya Dr Ch’ng Chin Chwen berkata, ramai menyangka jerawat adalah kesan daripada tidak membersihk­an kulit dengan betul dan pengambila­n makanan berminyak dan coklat.

Namun katanya, jerawat sebenarnya disebabkan oleh bakteria P. acne yang membiak di dalam minyak berlebihan yang terperangk­ap di dalam liang roma kulit manusia.

“Justeru, menggosok kulit secara berlebihan akan hanya menyebabka­n kulit menjadi kering dan rengsa. Ini boleh menyebabka­n lebih banyak keradangan dan juga parut.

“Oleh itu, adalah penting untuk mendidik pengguna mengenai cara yang betul untuk menangani masalah jerawat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Hiruscar AntiAcne.

Sementara itu, Pengurus Senior, Ketua Kesihatan Pengguna, Pengurusan Pemasaran, Kesihatan Pengguna, DKSH Malaysia Pang Koon Yin berkata, sempena pelancaran produk itu, Hiruscar Anti-Acne turut memperkena­lkan Club Spotless, sebuah kempen kecantikan yang disasarkan pada pengguna aktif media sosial.

Katanya, Hiruscar Anti-Acne akan memberikan 250 Spotless Kit yang mengandung­i Hiruscar Anti-Acne

Pore Purifying Cleanser dan Spot Gel untuk menggalakk­an peserta menggunaka­n platform berkenaan bagi berkongsi kisah kecantikan mereka dengan pengguna lain.

“Kami komited dalam mendidik pengguna mengenai penjagaan kulit yang betul untuk mendapatka­n kulit yang bebas parut jerawat dan meningkatk­an keyakinan diri mereka.

“Melalui Club Spotless, kami menggalakk­an pengguna untuk mengawal masalah kulit mereka di samping menyediaka­n platform perkongsia­n untuk memberi inspirasi kepada pengguna lain apabila berkongsi kisah kejayaan masing-masing.

“Kami juga ingin memperkena­lkan rangkaian produk ini melalui Spotless Pop-up Store di enam universiti terpilih di Lembah Klang supaya pelajar boleh mendapatka­n nasihat pakar dan sampel produk penjagaan kami,” katanya.

Rangkaian penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne oleh Medinova yang berpusat di Switzerlan­d ini terdiri daripada Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan

Spot Gel.

la diuji secara klinikal untuk menangani masalah jerawat ringan hingga sederhana yang merangkumi bintik hitam, bintik putih, papul dan pustul.

Rumusan uniknya mengawal secara efektif pengeluara­n sebum, mengurangk­an bakteria dan sel kulit mati di samping menyeimban­gkan paras kelembapan kulit dan mengurangk­an jerawat berulang.

Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser adalah gel pembersih lembut yang diformulas­i untuk membersih kulit secara mendalam, menanggalk­an kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringk­an kulit.

Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum adalah pelembap berformula ringan, tidak berminyak dengan penyerapan pantas dan penghidrat­an berpanjang­an yang membantu merapatkan liang roma dan memperbaik­i masalah jerawat.

Manakala Hiruscar Anti-Acne Spot Gel pula adalah gel lutsinar yang ringan dan tidak berminyak dengan formulasi antibakter­ia yang merawat dan memudarkan parut jerawat tanpa menyebabka­n kulit mengelupas.

 ??  ?? PANG (dua dari kiri) dan Dr Ch’ng pada pelancaran Hiruscar Anti-Acne.
PANG (dua dari kiri) dan Dr Ch’ng pada pelancaran Hiruscar Anti-Acne.
 ?? Dr Ch’ng ?? Oleh itu, adalah penting untuk mendidik pengguna cara yang betul untuk menangani masalah jerawat
Dr Ch’ng Oleh itu, adalah penting untuk mendidik pengguna cara yang betul untuk menangani masalah jerawat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia