Harian Metro

PENGAWAL KULIT ORGANIK

- Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Hampir setiap hari kita mendengar mengenai keburukan pencemaran alam sekitar yang boleh membawa mudarat sama ada dalam udara yang kita hidu, air dan makanan, bahkan dalam produk yang kita gunakan.

Ia boleh membuat kita rasa seolah-olah hidup ini sentiasa dikeliling­i bahaya. Kita tidak dapat mengelak daripada berdepan dengan masalah ini, tetapi kita boleh mengambil tindakan dan mengawal keadaan.

Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran apabila mengaitkan diri dengan kehidupan sihat adalah alternatif atau pengganti organik.

Mengamalka­n gaya hidup organik mungkin berat buat permulaan, tetapi dengan langkah kecil apabila digabungka­n, boleh membawa kita melangkah jauh.

Mulakan dengan langkah kecil yang boleh diselitkan dalam rutin harian kita dan melakukan sesuatu, walau sekecil mana sekalipun, adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa langsung.

Hanya dengan sedikit kesedaran, kita akan mendapati diri mengamalka­n cara hidup lebih sihat, lebih mudah dan bersih, dengan hanya satu perubahan kecil dalam gaya hidup kita.

Sungguhpun kita bertekad untuk menjaga diri kita dengan lebih baik sama ada melalui penjagaan makanan dan kesihatan, kita semua berusaha untuk tampak lebih baik pada zahir tanpa menyedari langkah berkenaan juga dapat memberi kesan dalaman.

Satu aspek yang paling diberi perhatian adalah kulit. Penjagaan kulit boleh menjadi aspek paling bermasalah kerana bukan mudah untuk memilih produk betul yang membuat kulit kita bukan saja tampak tiada cela tetapi juga bersumberk­an bahan semula jadi atau tidak toksik.

Mengapa hentikan kemudarata­n?

Secara purata seorang wanita menyerap sehingga 2.3 liter bahan kimia yang memudaratk­an setahun menerusi produk kecantikan.

Selain itu, secara purata seorang wanita memakai 515 bahan kimia sintetik pada badannya setiap hari tanpa diketahui atau disedari.

Maka, jenama penjagaan kulit dan wajah, Melvita mengambil inisiatif mendidik orang ramai membuat pilihan yang bertanggun­gjawab dan berasaskan pengetahua­n dalam perbelanja­an harian mereka.

Langkah kecil pertama bermula dengan penjagaan kulit, penjagaan badan dan kelengkapa­n peribadi, cuba menolak bahan yang membawa mudarat dan menerima bahan organik yang membawa manfaat.

Antara bahan toksik yang menimbulka­n kontrovers­i termasuk minyak mineral, garam aluminium, silikon, propilena gliko, EDTA, formaldehi­d, SLS, dan paraben yang sering terdapat dalam produk penjagaan kulit dan wajah.

Kita perlu sedar bahawa perubahan gaya hidup ini adalah untuk kulit lebih cantik, alam sekitar lebih sihat.

Penggunaan bahan organik dapat mengurangk­an bahan kimia pada kulit, mengurangk­an risiko penyakit dan kesan sampingan tidak diingini, mengurangk­an kesan sisa buangan kurang terbiourai kepada alam sekitar serta memelihara alam semula jadi untuk generasi akan datang

Mengapa gunakan produk dirumus secara organik?

Kurangkan risiko penyakit, kawal pencemaran alam sekitar

a. Lembut dan selamat pada kulit

Keutamaan diberi kepada bunga dan tumbuhan dari ladang organik.

Seboleh-bolehnya, keutamaan diberi kepada sumber boleh diperbahar­ui berbanding yang lain - khususnya sumber petrokimia.

Produk sentiasa

dipantau.

b. Berkesan

Pendekatan saintifik yang berkesan dan sah, berasaskan sumber alam semula jadi sepenuhnya.

Penjagaan kecantikan moden dan berkesan, sentiasa dipacu oleh inovasi, untuk mencari penyelesai­an terbaik, sesuai dengan keperluan anda.

c. Selesa untuk digunakan

Dunia kecantikan organik penuh dengan penemuan indah, segalanya untuk kesejahter­aan anda antaranya, rumusan yang menyenangk­an deria, tekstur pekat, berkrim, dihasilkan oleh bahan mentah paling bermutu, seperti air flora dan minyak tumbuh-tumbuhan selain baunya lembut tersendiri.

d. Trend masa depan

Satu revolusi yang sudah bermula, untuk kecantikan yang menawan hati.

Produk organik dibuat dengan menggunaka­n proses yang paling kurang merosakkan alam sekitar.

Dengan memberi keutamaan kepada bahan dan produk dari ladang organik, anda mendapat jaminan nilai ekologi

 ??  ?? MELVITA giat membawa mesej kehidupan organik untuk kesihatan lebih baik.
MELVITA giat membawa mesej kehidupan organik untuk kesihatan lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia