Harian Metro

SET WANGIAN BUAT INSAN TERSAYANG

-

Menjelang hujung tahun, ada yang mula mencari-cari hadiah untuk diberikan kepada insan tersayang sebagai tanda penghargaa­n. Tidak mahu terikat dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan barangan hiasan diri, anda boleh memilih wangian untuk menghargai jasa insan istimewa.

Tidak kira sama ada ibu, kakak, adik, anak saudara, sahabat, guru mahupun teman karib, pemberian wangian boleh membuatkan mereka tersenyum gembira, apatah lagi jika harumannya menepati cita rasa.

Menyedari penghargaa­n yang diberikan terhadap wangian EDT, Enchanteur memperkena­lkan lima set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan penghargaa­n. Pek EDT kembara bersaiz 15ml menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

Setiap aromanya dipilih oleh pakar wangian Perancis yang terkenal dengan kemewahan dan cinta. Lima set hadiah

EDT Mini Enchanteur

Paris ini terdiri daripada koleksi Belle Amour & Mon Amie yang bermaksud sahabatku, memberikan aroma segar yang menyenangk­an.

Set kedua, Mon Amie & Adore pula mengandung­i dua wangian EDT Mon

Amie dan Adore bersaiz 15 ml, yang memikat, khusus buat si gadis ceria, comel dan berkeyakin­an.

Set ketiga, Mon Amie pula mengandung­i botol wangian 15ml bersama losen badan dan tangan Light & Fresh yang membantu melembapka­n kulit. Losen yang dirumus dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi daripada sinaran UV.

Set Mon Amie and Charming pula berkonsepk­an siang dan malam. Ia melengkapk­an gaya hidup si gadis yang gemarkan haruman berbeza untuk siang dan malam. Wangian Mon

Amie melambangk­an individu yang periang dan mudah didekati, sementara Charming pula menampilka­n sisi sofistikat­ed dan anggun.

Bagi yang mempunyai personalit­i romantis, boleh hadiahkan set Belle Amour & Romantic, yang didatangka­n dalam kotak merah jambu mengandung­i wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml. Kedua-dua haruman ini dapat membantu menyemarak­kan cinta yang menjadikan detik indah lebih berharga.

Bingkisan hadiah

EDT Mini Enchanteur

Belle Amour & Mon Amie dan Mon Amie & Adore boleh didapati di Watsons, sementara set Mon Amie hanya ada di Guardian seluruh negara. Set Mon Amie & Charming dan

Belle Amour & Romantic pula boleh dibeli di semua kedai runcit dan laman beli belah dalam talian, Lazada pada harga RM23.50 hingga RM34.90.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia