Harian Metro

BEDAK SEJUK PENGGEBU MUKA

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Dua bersaudara komersialk­an

produk berasaskan tanah liat

ekoran permintaan

rakan

Pelbagai cara digunakan sejak dahulu untuk mendapatka­n kulit wajah cantik, mulus dan licin. Ini termasuk bermacam petua dan kaedah turun-temurun yang dijadikan amalan bagi mengekalka­n kecantikan semula jadi.

Misalnya, pemakaian bedak sejuk bukan perkara asing bagi masyarakat Melayu kerana ia sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. Bedak sejuk biasanya dihasilkan daripada beras yang direndam sehingga hancur, kemudian dicampur wangian semula jadi seperti daun pandan atau bunga melur kemudian dititik di atas daun pisang untuk dikeringka­n.

Hingga ke hari ini, bedak sejuk yang diperbuat daripada beras masih ada di pasaran. Walaupun terpaksa bersaing dengan pelbagai jenama produk kecantikan moden, pemakaian bedak sejuk masih diamalkan kerana ia petua lama untuk membuatkan wajah bebas cela dan berseri.

Bagi dua bersaudara ini, mereka masih mempertaha­nkan petua lama untuk menjaga kecantikan wajah, mereka bukan saja mengamalka­n pemakaian bedak sejuk sejak usia remaja hingga kini, malah membuat evolusi bedak sejuk tradisi dengan menghasilk­annya daripada tanah liat putih, serbuk mutiara dan serbuk arang.

Bedak sejuk ciptaan Megawati Ismail, 43, dan Farahsuzie Suleiman,

37, awalnya dihasilkan untuk kegunaan sendiri sebelum bedak sejuk berasaskan tanah liat itu dikomersil­kan di bawah jenama Puspawangi selepas mendapat permintaan rakan yang kagum dengan kecantikan kulit wajah mereka.

Menurut Megawati, beliau sememangny­a alah dengan produk moden yang mengandung­i banyak bahan kimia memaksanya menghasilk­an produk kecantikan dan kosmetik sendiri seperti sabun mandi, syampu, pelembap wajah dan bibir serta minyak wangi.

“Kulit saya sensitif, jadi saya mengamalka­n banyak petua lama untuk menjaga kecantikan disebabkan tidak boleh memakai produk moden. Saya memanfaatk­an petua pembuatan bedak sejuk diturunkan arwah nenek yang begitu menitikber­atkan penjagaan kecantikan wanita.

“Arwah nenek dahulu sering berleter mengingatk­an kami menjaga kecantikan menggunaka­n bahan semula jadi sejak remaja. Malah, kami akan dimarahi jika ingkar dengan arahannya untuk memakai bedak sejuk setiap hari. Ketegasan arwah nenek membuahkan hasil apabila amalan kecantikan itu membantu mengekalka­n keremajaan kulit wajah walaupun usia meningkat,” katanya.

Megawati berkata, beliau dan Farahsuzie turut mengikuti kelas untuk menghasilk­an produk buatan sendiri bagi memantapka­n kemahiran dan menambah pengetahua­n mereka mengenai kegunaan pelbagai bahan semula jadi dalam amalan penjagaan kecantikan.

“Ilham membuat bedak sejuk berasaskan tanah liat timbul selepas mendapati tanah liat juga mempunyai banyak manfaat untuk penjagaan kulit. Bagi mendapatka­n hasil lebih baik, kami menggunaka­n tanah liat putih dikenali sebagai kaolin.

“Kaolin adalah jenis tanah liat yang bertindak lembut dan sesuai digunakan ke atas semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ia banyak digunakan secara tradisiona­l untuk penjagaan pelbagai jenis kulit dan antara bahan aktif dalam kebanyakan rangkaian penjagaan kulit dan wajah.

“Tanah liat ini juga bertindak sebagai agen pengelupas­an dan pembersiha­n. Kandungan silika yang tinggi membantu menyingkir­kan sel kulit yang mati, manakala sel kulit baru tumbuh dengan baik,” katanya.

Kehadiran mineral unik dalam kaolin turut membantu membuang kotoran pori-pori, menyingkir­kan toksin dan minyak berlebihan, menyuburka­n kulit, mengurangk­an garis halus dan kedutan.

Serbuk mutiara ditambah untuk mencerahka­n ton kulit, mengurangk­an saiz poripori dan memperbaik­i tekstur kulit, manakala serbuk arang untuk membersihk­an pori-pori tersumbat, menyerap minyak dan melawan akne. Selain itu, minyak pati lavender dan tea tree serta ekstrak aloe vera turut ditambah dan disatukan bersama air suling untuk kesan yang lebih baik.

“Kami menggunaka­n bahan semula jadi yang berkualiti premium kerana mahu hasilkan bedak sejuk dalam bentuk baru dan memastikan pelanggan mendapat penjagaan wajah yang terbaik. Ia mengandung­i bahan semula jadi sepenuhnya dan tiada kesan sampingan yang membuatkan­nya sesuai digunakan semua golongan termasuk kanak-kanak.

“Bedak sejuk ini boleh digunakan bagi membantu merawat kesan lecur terkena objek panas, selaran matahari, malah ia juga sesuai untuk budak kecil yang mengalami ruam.

“Kami mula memasarkan bedak sejuk ini sejak awal tahun secara dalam talian dengan menggunaka­n Facebook sebagai medium utama. Walaupun penggunaan bedak sejuk kurang diamalkan oleh generasi muda masa kini, tetapi bedak sejuk Puspawangi mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai,” katanya.

Bagi meluaskan pasaran, kedua-dua sepupu itu berhasrat melantik ejen atau pengedar yang berminat untuk memasarkan bedak sejuk berkenaan ke seluruh negara

 ??  ?? DUA sepupu, Farahsuzie (kiri) dan Megawati hasilkan produk penjagaan wajah menggunaka­n bahan semula jadi premium.
DUA sepupu, Farahsuzie (kiri) dan Megawati hasilkan produk penjagaan wajah menggunaka­n bahan semula jadi premium.
 ??  ?? PENGASAS bedak sejuk berasaskan tanah liat dan serbuk mutiara, Farahsuzie (kiri) dan Megawati.
PENGASAS bedak sejuk berasaskan tanah liat dan serbuk mutiara, Farahsuzie (kiri) dan Megawati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia