Harian Metro

HANIS MAHU LASAK

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Bakal sertai larian ATM Half Marathon 2017

bersama abang askar di PD Waterfront

Pelakon jelita Tunku Hanis Tunku Sulaiman adalah seorang yang lasak dan gemar bersukan.

Jadi, apabila penganjur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Half Marathon 2017 mempelawan­ya menyertai larian itu, tentu sekali dia tidak menolaknya.

Larian itu akan diadakan di PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 12 November ini bermula jam 6 pagi.

Menurut Hanis, 27, dia baru selesai menjalani penggambar­an drama lapan episod berjudul Gempur Wira di Kuantan, Pahang yang berkisar mengenai dunia ketenteraa­n.

Dalam drama terbitan Teknik Jaya Global Sdn Bhd itu, dia memegang peranan sebagai Leftenan Kartini yang berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sesuai dengan tubuhnya yang tinggi lampai dan berperwata­kan lasak, Hanis begitu menjiwai wataknya itu.

Sebelum ke lokasi penggambar­an, dia bersama pelakon lain seperti Niezam Zaidi, Hafiz Nolan, Derrick YiFan dan Siti Azar Ameerah Azmi menjalani latihan ketenteraa­n di Akademi Latihan Ketenteraa­n (ALK), Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Berlatih di ALK, saya terasa seperti menjadi tentera sebenar. Kami semua bangun awal pagi dan di beri latihan hingga ke petang. Memang meletihkan tetapi saya dapat melihat dan merasai kehidupan sebenar sebagai anggota tentera,” katanya.

Menurutnya, pihak ATM memberikan sepenuh kerjasama terhadap pembikinan drama itu dan dia seronok apabila diberi peluang beraksi dalam kapal milik TLDM.

“Kerjaya sebagai tentera amat menarik dan saya berharap menerusi apa yang dipaparkan dalam drama itu nanti akan mendatangk­an minat kepada remaja untuk menyertai pasukan beruniform itu,” katanya.

Sehubungan itu apabila penganjur ATM Half Marathon menghubung­inya untuk menyertai acara larian yang julung kali diadakan itu, Hanis bersemanga­t sekali untuk berlari bersama 11,000 peserta di mana 8,000 terdiri daripada anggota tentera dan selebihnya orang awam.

“Larian itu bukan saja bagus untuk kecergasan tubuh tetapi ia juga mengeratka­n silaturahi­m di antara anggota tentera dan orang awam. Keduadua pihak perlu saling bekerjasam­a demi kesejahter­aan negara.

“Aktiviti di antara tentera dan orang awam perlu kerap diadakan supaya masyarakat dapat memahami tugas tentera. Ia juga boleh membantu mengajak remaja memilih bidang ketenteraa­n sebagai kerjaya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Berlatih di ALK, saya terasa seperti menjadi tentera sebenar. Kami semua bangun awal pagi dan diberi latihan hingga ke petang. Memang meletihkan tetapi saya dapat melihat dan merasai kehidupan sebenar sebagai anggota tentera
Berlatih di ALK, saya terasa seperti menjadi tentera sebenar. Kami semua bangun awal pagi dan diberi latihan hingga ke petang. Memang meletihkan tetapi saya dapat melihat dan merasai kehidupan sebenar sebagai anggota tentera

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia