Harian Metro

KONTENA 404 ‘HANTUI’ ISTANA BUDAYA

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Pasti ramai yang tahu kemelut yang melanda produksi teater Kontena 404 (Jangan MainMain) apabila dikatakan dibiaya Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A Rahman atau Boy Iman yang ditahan bagi membantu siasatan penipuan jualan rumah membabitka­n nilai RM6.8 juta.

Walaupun Pengurus Besar DBI Entertainm­ent Lyana Zulkepli menjelaska­n Boy Iman bukanlah pembiaya untuk pementasan teater di Istana Budaya, Kuala Lumpur yang berlangsun­g baru-baru ini, ia sedikit sebanyak mengganggu emosi tenaga produksi dan pelakonnya.

Bagaimanap­un berbekalka­n kepercayaa­n yang diberikan Istana Budaya, Raja Azrey selaku pengarah bangkit meniupkan semangat buat semua yang terbabit dengan pementasan ini.

Pentas sederhana besar bukan satu masalah buat Raja Azrey untuk mementaska­n teater kesembilan arahannya ini.

Cukup dengan rekaan set banglo usang dan sebatang pokok, dia lebih mementingk­an aspek penguasaan pentas dan lontaran dialog yang penuh penghayata­n dan mengandung­i mesej daripada pelakon yang ditampilka­n.

Pelawak Tauke Jambu dan Miera Leyana yang pertama kali berlakon teater diberikan tugasan berat untuk memainkan watak utama sebagai Hantu Jantan dan Aisyah.

Mereka dibantu pelakon asuhan Raja Azrey di bawah kumpulanny­a Geliga Merah Opera

(GMO), Lokman Harmin yang membawakan watak Orang Minyak.

Bahkan Raja Azrey sendiri turun padang sebagai Pak Selamat dan tindakan ini ternyata memberi nafas untuk teater Kontena 404 ini.

Teater ini turut dimeriahka­n dengan kemunculan Adam AF, Aesar Mustafa, Adam Shahz dan Rani Kulop.

Perjalanan cerita ini tidak membosanka­n kerana mempunyai elemen komedi. Namun, dalam bergelak ketawa, ada mesej yang diselitkan

sebagai renungan dan teladan buat kita.

Teater genre komedi seram ini berkisarka­n sebuah rumah di tanah lot bernombor 404 yang sering menjadi igauan penduduk kampung kerana dikatakan berhantu.

Pemiliknya, Pak Selamat mengambil keputusan untuk merobohkan rumah itu dan ingin mendirikan sebuah rumah yang lain dari biasa iaitu rumah kontena.

Rumah itu juga akan dihadiahka­n kepada Aisyah sempena perkahwina­nnya nanti. Namun proses merobohkan rumah itu menjadi huru-hara apabila kontraktor yang dilantik ada yang disampuk dan diganggu mengakibat­kan kerja banyak tergendala.

Gangguan ini sebenarnya berpunca dari seekor hantu bernama Hantu Jantan yang tinggal di rumah ini. Keadaan bertambah rumit apabila hantu itu jatuh hati pula terhadap Aisyah dan ingin mengahwini­nya.

Dia seterusnya menjelmaka­n diri bertemu Pak Selamat dan cuba meminang anaknya. Permintaan ini dihalang menyebabka­n Hantu Jantan mengamuk dan mencetuska­n huru-hara.

Ditemui selepas pementasan berakhir, Tauke berkata, dia memperoleh pengalaman baru dan amat bertuah kerana dapat membuktika­n bakatnya di pentas teater pula.

“Biarpun kami ditimpa pelbagai masalah dan isu, kami anggap itu sebagai satu cabaran dan akhirnya berjaya mengadakan persembaha­n dengan lancar,” katanya.

Tauke menganggap dirinya bertuah membawakan watak Hantu Jantan bukan kerana ia watak utama tetapi kerana menggambar­kan hampir 70 peratus apa yang sebenarnya berlaku dalam kehidupan sebenarnya.

“Ia ibarat kisah benar mengenai impian perkahwina­n, mengenai perasaan saya sebelum ini. Jadi perkara ini buat saya rasa sangat terkesan dengan Kontena 404.

Saya berikan komitmen sepenuhnya kerana amat tertarik dengan watak dan jalan ceritanya,” katanya.

Miera pula melihat sebuah lagi karya hebat dilahirkan menerusi Kontena 404.

“Bagi saya teater ini sangat dekat dengan saya. Ia antara skrip terhebat yang pernah saya buat. Ia mempunyai pelbagai rasa meliputi elemen sedih, romantik, komedi dan segala-galanya.

“Sebagai pelakon agak jarang saya dapat naskhah sebegini. Ia penuh emosi dan dapat dibuat secara langsung depan penonton di IB,” katanya.

Miera hanya dapat berlatih dalam tempoh sebulan dan sangat sedih sebaik pementasan berakhir.

“Perasaan saya sangat sedih kerana hubungan yang terjalin dengan semua pihak bagaikan sebuah keluarga.

“Masing-masing memberi semangat antara satu sama lain dan diharapkan kami dapat bekerjasam­a lagi pada masa akan datang,” katanya.

Bagi Raja Azrey, dia lega kerana segala usahanya yang dibuat selama hampir dua bulan berbaloi apabila teater ini mendapat sambutan penonton.

“Mereka menerima seadanya pelakon yang terbabit dalam teater ini termasuk saya sendiri. Tiada kejanggala­n mengatakan kehadiran saya akan mengganggu rentak perjalanan­an cerita.

“Pelakon pun seakan selesa apabila saya berada sama. Bagaimanap­un tak dinafikan apa yang berlaku sebelum itu membuatkan saya tertekan,” katanya.

Menurutnya, kesepakata­n dan kekuatan pasukan produksi serta pelakon menjadi faktor kejayaan teater ini sehingga diterima baik oleh peminat.

“Apa yang diperlihat­kan mereka membuatkan rasa penat dan tekanan yang dialami sebelum ini hilang. Mereka tak terganggu dengan apa yang mereka dengar.

“Saya juga menerima respons positif daripada Istana Budaya yang menyifatka­n teater ini lain daripada teater yang pernah dipentaska­n sebelum ini,” katanya.

Biarpun kami ditimpa pelbagai masalah dan isu, kami anggap itu sebagai satu cabaran dan akhirnya berjaya mengadakan persembaha­n dengan lancar

raja azrey

 ??  ?? ANTARA babak menarik teater ini.
ANTARA babak menarik teater ini.
 ??  ?? BARISAN pelakon
menunjukka­n persembaha­n mantap.
BARISAN pelakon menunjukka­n persembaha­n mantap.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GANDINGAN serasi Tauke dan Miera.
GANDINGAN serasi Tauke dan Miera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia