Harian Metro

Giliran Sufian, Izzani

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Nampaknya program bual bicara pertama terbitan Harian Metro (HM), Cuit Sikit semakin mendapat perhatian dan pujian ramai.

Mana tidaknya, sejak program itu bersiaran 11 Oktober lalu rata-rata pengikut menyukai konsep, topik yang diketengah­kan serta artis jemputan setiap minggu.

Buktinya, episod kedua Cuit Sikit berjaya membawakan pelakon sensasi Uqasha Senrose dan penerbit Zeel Production Sdn Bhd, Fadzil Teh yang membicarak­an topik Peluang Kedua. Malah lima segmen yang dipaparkan dalam program ini dianggap relevan.

Minggu ini episod ketiga Cuit Sikit yang akan bersiaran esok jam 9 malam menampilka­n dua penyanyi muda, Ismail Izzani dan Sufian Suhaimi menerusi topik Kerana Nafsu.

Penerbit Cuit Sikit Rudy Imran Shamsudin berkata, sejak program terbabit disiarkan secara langsung di Facebook Harian Metro, ramai yang memberikan maklum balas positif serta menyambut baik usaha yang diketengah­kan akhbar berkenaan.

“Kami bersyukur dan gembira apabila program ini semakin mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai termasuk dalam kalangan rakan artis sendiri. Mereka menyukai konsep yang dibawakan ini dan berharap isu yang diketengah­kan setiap minggu dapat membuka mata banyak pihak.

“Kami berharap program ini akan terus mendapat sambutan daripada pengikut setia Harian Metro. Minggu ini kami menampilka­n dua penyanyi muda iaitu Sufian Suhaimi dan Ismail Izzani.

“Menerusi topik yang dipilih minggu ini, Sufian dan Ismail akan berkongsi pengalaman berdepan dengan peminat yang terlalu taasub sehingga sanggup bersikap keterlalua­n.

“Situasi ini bukan saja boleh buat artis kurang selesa malah ada antaranya rasa terancam.

“Pasti anda semua ingin tahu apakah bentuk ancaman baru yang mereka terima dan langkah yang diambil supaya tidak menjerat diri,”katanya yang memaklumka­n hos minggu ini adalah Georgie Joseph.

Cuit Sikit ditayangka­n secara langsung setiap Rabu, jam9malamd­iakaunrasm­i Facebook HM.

Program berkonsepk­an sembang santai itu bakal mengupas topik hangat dalam industri hiburan termasuk isu yang kerap menjadi bualan dalam kalangan selebriti terkenal.

Program dihoskan tiga wartawan hiburan HM iaitu Sudirman Mohd Tahir, Najiy Jefri dan Georgie Joseph itu menampilka­n dua selebriti popular sebagai tetamu undangan dalam setiap episod.

Program selama 40 minit itu dibahagika­n kepada lima segmen iaitu soal jawab Isu Cuit Sikit, Apa Kata, 5 Kebaboom, Cik Pang dan Akustika.

Di samping menonton, penonton boleh memberikan komen atau bertanyaka­n soalan menerusi ruangan komen di FB Live itu nanti.

Episod ketiga Cuit Sikit esok tampil topik Kerana Nafsu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SUFIAN
SUFIAN
 ??  ?? IZZANI
IZZANI
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia