Harian Metro

SINOPSIS TV

- HBO HD (ASTRO 431), 9 malam THE INCREDIBLE HULK TV3, 6.30 petang MR HIJAB EPISOD 6 TV3, 10 malam MUZIUM MISTERI EPISOD 10 TV3, 7 malam TITIAN CINTA EPISOD 25

Di Universiti Culver, Jeneral Thunderbol­t Ross bertemu dengan Dr Bruce Banner yang juga rakan sekerja dan kekasih kepada anak perempuann­ya, Betty.

Pertemuan itu berkisar mengenai satu eksperimen yang menurut Thunderbol­t, mampu membuatkan manusia imun kepada radiasi gamma.

Bagaimanap­un, eksperimen yang menjadi sebahagian daripada hasil tinggalan era Perang Dunia Kedua itu gagal sekali gus menyebabka­n Bruce bertukar kepada Hulk.

Pertukaran itu berlaku setiap kali kadar degupan jantungnya mencecah lebih daripada 200.

Tanpa disedari, Hulk memusnahka­n makmal dan mampu membunuh serta mencederak­an mereka yang tidak berdosa.

Bruce kemudianny­a melarikan diri dan diburu oleh tentera Amerika Syarikat kerana dianggap sebagai makhluk pemusnah yang berbahaya.

Thunderbol­t pula ada agenda tersendiri apabila ingin memburu Bruce, bagi menjadikan Hulk sebagai salah satu senjatanya.

PELAKON : Edward Norton, Liv Tyler & Tim Roth Kak Chik dan Luna mampu menaikkan nama butik mereka. Namun, idea-idea yang mereka cadangkan kebanyakan­nya tidak mendapat persetujua­n Datin Lela.

PELAKON : Nabila Huda, Wan Sharmila & Shiqin Kamal. Lagu tradisiona­l Jepun kedengaran dengan jelas sekali. Ada salah seorang penduduk kampung ternampak kelibat wanita yang memakai kimono, namun itu sebenarnya adalah lembaga seram yang menyamar.

PELAKON : Issey, Ammar & Zee Ketika Rayyan pergi membeli minuman, Aisy secara tidak sengaja ternampak Rayyan memasukkan sesuatu ke dalam minumannya.

PELAKON : Zul Ariffin, Farah Nabillah & Daler Yusuf.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia