Harian Metro

Harapan M40, B40

 Kos sara hidup, rumah, kehidupan bandar, kesihatan paling banyak dapat undian menerusi tinjauan dalam talian HM

- Mazizul Dani mazizul@hmetro.com.my

Kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar serta perkhidmat­an penjagaan kesihatan menerima paling banyak undian menerusi tinjauan dalam talian oleh Harian Metro mengenai isu utama yang diperlukan golongan M40 dan B40 dalam Bajet 2018.

Tiga aspek itu, masing-masing mendapat 601, 560 dan 554 undian daripada keseluruha­n 14 aspek yang dicadangka­n dengan keseluruha­n 639 responden menyertai tinjauan yang dibuka sejak dua hari lalu.

Daripada jumlah keseluruha­n responden, 87.8 peratus golongan B40 iaitu isi rumah yang berpendapa­tan purata bulanan di bawah RM3,860 manakala selebihnya golongan M40 iaitu isi rumah yang berpendapa­tan purata bulanan antara RM3,860 hingga RM8,319.

Bagi golongan M40, tiga isu utama dalam aspek kos sara hidup yang diperlukan ialah subsidi minyak petrol menerusi 66.7 peratus responden, 65.3 peratus memilih tingkatkan elaun kakitangan awam dan 62.7 peratus kurangkan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Bagi golongan B40 pula, 64.1 peratus daripada 601 responden mahukan subsidi minyak petrol, 63.9 peratus mahu Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dikurangka­n dan 52.2 peratus mahu tarif elektrik diturunkan.

Bagi aspek perumahan dan kehidupan bandar, 79.7 peratus golongan M40 mahu kerajaan mengawal harga rumah, selain pengecuali­an yuran guaman untuk pembelian rumah dan lebih banyak rumah mampu milik berharga RM150,000 ke bawah dibina.

Bagi B40, tiga isu utama perlu ada iaitu lebih banyak rumah mampu milik berharga RM150,000 ke bawah, kawal harga rumah dan memperbany­akkan rumah mampu milik di kawasan bandar.

Bagi aspek perkhidmat­an penjagaan kesihatan, tiga isu utama kedua-dua golongan M40 dan B40 ialah naik taraf hospital sedia ada, naik taraf sistem untuk kurangkan masa menunggu dan pantau caj perubatan di hospital swasta.

Dalam aspek pendidikan, tiga isu utama yang diperlukan M40 ialah cuti gaji penuh bagi penjawat awam yang melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana dengan 49.3 peratus undian, 46.6 peratus mahukan kos pentadbira­n empat peratus Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhka­n dan 45.2 peratus pula mahu kerajaan meneruskan biasiswa Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia