Harian Metro

Sekolah kurang murid tak ditutup

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sekolah rendah yang mempunyai enrolmen 150 murid ke bawah atau dikenali sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) tidak akan ditutup walaupun kos pengoperas­iannya adalah tinggi.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tinjauan analisis mendapati kos pengoperas­ian sekolah yang mempunyai enrolmen murid 150 dan ke bawah adalah tinggi iaitu RM67,130 per murid untuk setahun berbanding hanya RM5,321 per murid untuk sekolah biasa.

Malah, katanya, kerajaan membelanja­kan lebih daripada RM2 bilion setahun untuk mengendali­kan operasi SKM.

“Suka saya tegaskan bahawa dasar Kementeria­n Pendidikan adalah jelas iaitu SKM tidak akan ditutup atau murid tidak akan disuraikan sehingga mendapat persetujua­n ibu bapa dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) berkenaan langkah jangka panjang dan pendek oleh kementeria­n dalam pengurusan SKM pada sesi waktu pertanyaan menteri, di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Mahdzir berkata, berdasarka­n data pada 31 Mac tahun lalu, terdapat sejumlah 2,996 buah SKM.

Syarikat kawalan keselamata­n yang didapati mengambil pekerja warga asing tanpa dokumen sah, memiliki dokumen palsu atau mempunyai pembabitan dalam unsur jenayah akan dibatalkan lesen tanpa ada amaran akhir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tegas itu sebagai mengelak berlakunya penyusupan elemen keganasan ke dalam negara ini.

“Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) khususnya bahagian keselamata­n yang mengeluark­an permit syarikatka­walan keselamata­n persendiri­an sememangny­a telah mengetatka­n prosedur pengambila­n pengawal keselamata­n ini.

“Pihak polis juga melakukan penapisan terhadap setiap pengawal keselamata­n yang diambil bagi mengelakka­n apa yang berlaku di Sabah untuk tidak berlaku di tempat-tempat lain,” katanya ketika sesi waktu pertanyaan menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan

 ?? Mahdzir ?? Kos pengoperas­ian sekolah yang murid 150 dan ke bawah adalah tinggi iaitu RM67,130”
Mahdzir Kos pengoperas­ian sekolah yang murid 150 dan ke bawah adalah tinggi iaitu RM67,130”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia