Harian Metro

Pastikan pelarian Rohingya tidak terbabit militan

-

Kuala Lumpur: “Pelbagai langkah sewajarnya sudah diambil bagi memastikan pelarian Rohingya yang berlindung di negara ini tidak terbabit dengan aktiviti keganasan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Justeru, mana-mana pihak tidak perlu bimbang dengan pertambaha­n jumlah pelarian terbabit di negara ini.

“Aspek keselamata­n negara berada pada tahap terbaik dengan pelbagai langkah keselamata­n serta pemantauan dilakukan dalam menjamin keselamata­n negara.

“Malah, saya ingin memberi jaminan pelarian etnik Rohingya yang berada di negara ini tidak terdedah kepada ancaman IS serta sebarang aktiviti keganasan,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) berkenaan laporan mengatakan IS didapati menawarkan AS$2,000 (RM8,440) serta makanan (kepada pelarian) di kem pelarian di Lubnan dan Jordan serta perkara itu dikhuatiri turut akan berlaku di negara ini.

Menjawab soalan asal Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) mengenai langkah diambil kerajaan serta polisi Malaysia berkenaan isu pelarian Rohingya, Shahidan berkata, kerajaan menanggung kos dan pengurusan etnik itu yang berada di negara ini semata-mata atas dasar kemanusiaa­n.

Katanya, secara prinsip, perbelanja­an pelarian asing termasuk etnik Rohingya di negara ini ditanggung oleh Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan

 ??  ?? DR Shahidan
DR Shahidan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia