Harian Metro

Tindakan tegas ke atas individu persenda raja

-

Pekan: Individu atau netizen yang lantang mempersend­akan institusi kesultanan dan Raja Melayu di media sosial akan dikenakan tindakan tegas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata, tindakan itu perlu diambil sebagai pengajaran kepada mereka supaya menghormat­i kesultanan dan Raja Melayu yang menjadi payung kepada rakyat.

Katanya, sejak kebelakang­an ini ada segelintir individu berani melemparka­n kata-kata kesat dan mempersend­akan Sultan serta Raja Melayu tanpa memikirkan akibatnya.

“Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) boleh mengambil tindakan tegas kerana ada peruntukan untuk berbuat demikian dengan kerjasama pihak berkuasa lain seperti polis.

“Menjaga kedaulatan institusi kesultanan dan Raja Melayu adalah salah satu daripada Perlembaga­an negara dan ia identiti negara serta bangsa Melayu,” katanya selepas Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahamd Shah di Istana Abu Bakar, di sini, semalam.

Pada istiadat itu, Jailani mendahului senarai 28 penerima untuk menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri yang disempurna­kan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Jailani berkata, Tengku Abdullah turut menekankan perkara itu dalam titahnya yang mahu rakyat meyakini nilai institusi kesultanan.

“Baginda sendiri menyatakan institusi kesultanan mempunyai nilai dan kepentinga­nnya untuk memayungi rakyat supaya kedaulatan negara kekal terpelihar­a,” katanya yang turut melahirkan penghargaa­n daripada Sultan Pahang dan Tengku Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia