Harian Metro

Impian terkubur

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

 Pembantu imam nak ke Yaman nahas berganda

Penunggang motosikal yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dengan treler serta bas di Kilometer 27, Lebuhraya Karak dekat Gombak, jam 12.40 tengah malam semalam, berhajat menyambung pengajian agama di Yaman.

Muhammad Amin Khalili Mohamad Zailani, 19, adalah hafiz di Maahad Tahfiz Al-Haziq, Hulu Langat dan bertugas sebagai pembantu imam Masjid Al-Shafie, Taman Maluri, Cheras sejak dua tahun lalu.

Abangnya, Mohd Shukri, 25, berkata, arwah menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian di Yaman dan masih menunggu tawaran ke sana.

“Sementara menunggu tawaran, arwah bertugas sebagai pembantu imam dan ada kalanya menggantik­an tugas untuk mengimamka­n solat.

“Arwah seorang yang baik. Kami empat beradik belajar di sekolah agama sejak kecil namun arwah paling cemerlang dan bergelar hafiz,” katanya ditemui di Hospital Selayang.

Menurut Mohd Shukri, sebelum kejadian, arwah tidak menunjukka­n perubahan cuma kerap melawat rumah saudara sekitar Pandan Jaya.

“Sejak seminggu lalu, arwah kerap melawat ke rumah saudara. Mungkin itu tanda dia akan meninggalk­an kami selamanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, Muhammad Amin Khalili yang menunggang berseorang­an dalam perjalanan ke Genting Sempah.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat parah di badan dan kepala. Kejadian berlaku apabila treler dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan ketika menuruni laluan berbukit dan terbabas ke laluan bertentang­an. “Mangsa gagal mengelak treler itu dan tercampak ke kanan jalan. Pada masa sama, bas di belakang gagal mengelak treler itu dan menggilis mangsa yang terbaring di jalan,” katanya.

Mayat mangsa sudah dituntut keluargany­a sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam di Cheras Baru, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia