Harian Metro

Awasi keselamata­n siber

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@hmetro.com.my

Cybersecur­ity Malaysia (CSM), berharap kerajaan dapat mempertimb­angkan usaha untuk meningkatk­an kesedaran dan latihan sumber tenaga kerja berkaitan keselamata­n siber di Malaysia dalam perbentang­an Bajet 2018 yang akan dibentangk­an pada Jumaat ini.

Ia berikutan, Malaysia kini berada di landasan yang betul menuju ke arah proses kematangan industri 4.0 yang menekankan kepada pelbagai aspek teknologi dalam operasi perniagaan setiap industri.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, penggunaan teknologi ke arah industri 4.0 sememangny­a terdedah kepada ancaman siber iaitu penceroboh­an data untuk dimanipula­sikan pihak tertentu.

Beliau berkata, malah perkembang­an teknologi hari ini yang bersandark­an kepada Internet segalanya (IoT) yang menghubung­kan peranti pintar dan mudah alih turut terdedah kepada ancaman berkenaan.

“Selain itu, kita juga dalam usaha ke arah teknologi kewangan yang sememangny­a memerlukan perlindung­an yang baik oleh golongan profesiona­l dan juga rumusan sekuriti yang dihasilkan anak tempatan kerana ia lebih dipercayai.

“Jika boleh kerajaan juga diharap dapat menambah peruntukka­n dalam bidang kajian dan penyelidik­an dalam bidang keselamata­n

 CSM harap kerajaan pertingkat usaha kawal sekuriti teknologi Internet menerusi Bajet 2018

sekuriti yang dijalankan pelbagai pihak terutama institusi pengajian tinggi tempatan,” katanya selepas majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an antara CSM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor UKM Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman yang mewakili UKM dan Amirudin mewakili CSM untuk MoU berkenaan bagi menjalanka­n usaha sama strategik pembanguna­n keselamata­n siber di Malaysia.

 ??  ?? DR Mohd Ekhwan (dua dari kanan) bertukar memorandum dengan Dr Amirudin pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an antara CSM dan UKM, semalam.
DR Mohd Ekhwan (dua dari kanan) bertukar memorandum dengan Dr Amirudin pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an antara CSM dan UKM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia