Harian Metro

SP Setia perkenal pasar runcit bandar terbesar

-

Kuala Lumpur: SP Setia Berhad (SP Setia), pemaju hartanah terkemuka negara memperkena­lkan pasar runcit bandar terbesar di

Malaysia iaitu Bangsar Market by Jaya Grocer yang terletak di Pusat Beli-Belah Kuala Lumpur Eco City (KLEC Mall) yang mula dibuka menjelang suku pertama 2018.

Pasar runcit yang terletak di tingkat dua KLEC Mall itu memiliki keluasan 54,000 kaki persegi dan ia bakal menawarkan pengalaman beli-belah runcit bandar yang asli dengan persekitar­an moden serta canggih.

Pengurus Besar Bahagian SP Setia Tony Ling berkata, ruang bagi pasar runcit itu direka bagi menyediaka­n suasana menarik sepenuhnya, sekali gus membawa kepada konsep pasar

yang lazimnya berada di luar negara.

“Inspirasi untuk membawa konsep itu diambil daripada pasar terkenal seperti Camden Market dan Borough Market di London seta Queen Victoria Market di Melbourne,” katanya pada majlis memperkena­lkan

di sini, semalam. Beliau berkata,

dijangka menjadi unik kerana ia menawarkan kelainan dengan ruang lebih besar dan tawaran barang lebih banyak berbanding pasar lain di Lembah Klang.

Menurutnya, reka letak pasar runcit itu dilakukan dengan cara organik bagi membolehka­n tinjauan dan memudahkan pengunjung bagi melihat sendiri pasar raya luas yang dilengkapi dengan bahagian khusus untuk barangan tertentu.

 ??  ?? LING (kiri) pada majlis memperkena­lkan Bangsar Market by Jaya Grocer, semalam.
LING (kiri) pada majlis memperkena­lkan Bangsar Market by Jaya Grocer, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia