Harian Metro

HIDUP ATAS POKOK

- Agensi

 Lelaki tidak pijak tanah selama 3 tahun kerana takut dibunuh

Tiga tahun lalu Gilbert Sanchez dari sebuah kampung di La Paz di wilayah Agusan del Sur memanjat sebatang pokok kelapa setinggi 19 meter kerana bimbang ada orang mahu membunuhny­a.

Sejak itu, Gilbert, 45, tinggal di atas pokok kelapa itu dan tidak pernah turun walaupun ketika ribut atau cuaca panas sehinggala­h dia diselamatk­an pihak berkuasa baru-baru ini.

Ibunya, Winifreda berkata, anaknya terlalu takut kerana percaya ada orang mahu membunuhny­a dan satu-satu tempat yang dirasakan selamat adalah pokok yang paling tinggi di kampungnya.

Katanya, hampir setiap hari dia dan ahli keluargany­a memujuk Gilbert turun tetapi dia tetap enggan kerana takut.

“Setiap hari saya membawa makanan, minuman, rokok dan pakaian untuk Gilbert yang dibawa naik ke atas pokok menggunaka­n tali,” katanya.

Gilbert membuang air besar dan kecil dari atas pokok, malah dia sanggup berdepan ribut, cuaca panas serta gigitan serangga.

Selepas tiga tahun, kisah Gilbert tersebar di media sosial dan sebuah stesen televisyen tempatan menghantar kru ke kampung itu.

Liputan televisyen itu akhirnya berjaya meyakinkan pihak berkuasa tempatan untuk membantu keluarga Gilbert.

Pada 11 Oktober lalu, 50 anggota penyelamat dibantu sebuah jentera berat menebang pokok kelapa itu dan menjatuhka­nnya perlahan-lahan.

Operasi sukar itu berlangsun­g selama empat jam sebelum Gilbert berjaya dibawa turun dan terus dibawa ke hospital.

Kerana terlalu lama berada di atas pokok, tulang belakang Gilbert didapati bengkok dan badannya penuh dengan luka serta kesan gigitan serangga.

Gilbert juga diberi rawatan psikologi kerana mengalami delusi, halusinasi dan ketakutan seseorang mahu membunuhny­a.

Kisah Gilbert menyentuh hati pengguna media sosial di Filipina yang melancarka­n tabung untuk membantu keluarga lelaki itu.

 ??  ?? PASUKAN penyelamat menebang pokok kelapa sebelum menjatuhka­nnya perlahan-lahan dalam operasi menyelamat­kan Gilbert. - Agensi
PASUKAN penyelamat menebang pokok kelapa sebelum menjatuhka­nnya perlahan-lahan dalam operasi menyelamat­kan Gilbert. - Agensi
 ??  ?? ahli ketika bertemu dengan baju menutup muka Sur. - Agensi
del
GILBERT (kiri) di Agusan
di sebuah hospital keluargany­a
ahli ketika bertemu dengan baju menutup muka Sur. - Agensi del GILBERT (kiri) di Agusan di sebuah hospital keluargany­a
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia