Harian Metro

Robek dari perut

- Agensi

Seorang ibu hamil 37 minggu maut selepas dua pencuri memotong perutnya dan mengeluark­an bayi dikandung.

Dalam kejadian Khamis lalu (waktu tempatan), mangsa berusia 20 tahun itu ditemui mati dengan perutnya dikerat seperti pembedahan caesarean.

Dua suspek, Joelma Silva, 22, dan rakannya Alex Carvalho, 18, ditahan polis ketika melarikan diri bersama bayi terbabit yang sihat tetapi mempunyai luka kecil di kepalanya.

Ketua polis, Claudenor Medeiros berkata, Joelma merancang perbuatan itu selepas gagal hamil susulan kehilangan anak pertama dan terdesak mahu memberi anak lelaki untuk suaminya.

“Joelma yang memotong perut mangsa kerana dia pernah melalui pembedahan caesarean untuk anaknya sendiri. Dia mengupah Carvalho untuk membantuny­a dengan menawarkan 4,000 real (RM) tetapi wang itu tidak sempat dibayar,” katanya.

Menurutnya, Joelma berbohong kepada suaminya selama beberapa bulan lalu bahawa dia kononnya mengandung, malah menghadiri kelas pranatal sebagai sebahagian daripada lakonannya.

Dia dan Carvalho mengaku mengumpan mangsa ke sebuah lokasi berhampira­n Sao Sebastiao do Uatuma di Amazonas di mana wanita itu dibunuh.

Joelma yang dipamerkan kepada media kelmarin berkata, dia menawarkan wang kepada Carvalho bagi mencari seorang bayi untuknya, tetapi mendakwa tidak menyangka perbuatan itu akan membunuh mangsa.

Mangsa adalah rakan sekerja Carvalho yang diumpan untuk bersiar-siar menaiki motosikal di taman hutan berhampira­n bandar berkenaan, kata polis.

“Saya tidak menyangka ia berakhir begini. Saya menyangka kami cuma akan menculik mangsa dan mengambil bayinya tanpa mengapa-apakannya.

“Pada malam kejadian, sekitar jam 11 malam Carvalho datang membawa saya ke kawasan hutan, di mana saya lihat wanita itu sudah terbaring atas tanah.

“Saya terdengar mangsa berkata, kepalanya sakit dan tiba-tiba Carvalho mencekikny­a.

“Bukan saya yang memotong perut mangsa, tetapi saya mengeluark­an bayi itu dan mengerat tali pusat sebelum membawanya ke rumah

 Ibu hamil 37 minggu maut bayi dirampas wanita tak dapat lahirkan anak

nenek saya tidak jauh dari situ.

“Pada paginya kami mengambil bot pulang ke rumah saya,” kata Joelma.

Medeiros berkata, orang ramai menemui mayat mangsa dan menghubung­i polis.

“Hasil siasatan kami mendapat tahu seorang wanita dilihat membawa bayi baru dilahirkan menaiki bot menuju ke Itapiranga.

“Suspek ditahan selepas penumpang dan anak kapal mengesyaki sesuatu tidak kena berikutan Joelma tidak membawa sebarang peralatan untuk menjaga bayi itu, yang tidak berhenti menangis malah dia juga tidak menyusukan ‘anaknya.’

“Sebaik bot tiba di destinasin­ya, anak kapal membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Carvalho berkata, dia kesal dengan perbuatann­ya. Bayi terbabit kini dijaga ibu saudara mangsa manakala Joelma dan Carvalho didakwa atas tuduhan bunuh.

 ??  ?? JOELMA
JOELMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia