Harian Metro

JUN HOONG TETAP OPTIMIS

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Juara dunia tekad pamer terjunan terbaik di Grand Prix Kuala Lumpur walaupun belum pulih kecederaan belakang

Penerjun negara, Cheong Jun Hoong mengaku kecederaan belakang yang dialaminya sejak Kejohanan Dunia, Julai lalu kerap mengganggu persiapann­ya untuk menghadapi Grand Prix (GP) Kuala Lumpur di Pusat Akuatik Negara, bermula Jumaat ini.

Bagaimanap­un, penerjun berusia 27 tahun dari Ipoh itu yang menjadi atlet pertama memenangi pingat emas di Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary itu tetap optimis mampu memperagak­an terjunan yang terbaik namun tidak berani menjanjika­n sebarang pingat.

Menurutnya, penyertaan­nya pada GP KL sekadar mahu menilai prestasi selepas berakhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017). “Persediaan ketika ini berjalan lancar tapi saya masih lagi dalam proses pemulihan daripada kecederaan belakang yang dialami sejak Kejohanan Dunia lagi.

“Tetapi kecederaan itu ada kalanya sakit dan ada kala tidak. Jadi, saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri terutama selepas mencapai kemuncak prestasi di Kejohanan Dunia,’ katanya.

Pemenang emas KL2017 dalam acara 1 meter papan anjal itu berkata, apa yang penting ketika ini adalah mencari sebanyak mungkin pengalaman terutama di tempat sendiri sebagai persediaan menghadapi kejohanan penting pada masa depan.

Pada aksi di GP KL, Jun Hoong hanya akan beraksi dalam acara terjun campuran berganding­an Jellson Jabillin.

Selepas GP KL, skuad terjun negara dijadualka­n ke Gold Coast untuk siri GP seterusnya dan menjadi medan penting bagi mereka menyesuaik­an diri kerana venue itu akan digunakan ketika Sukan Komanwel, April depan.

 ??  ?? AKSI Jun Hoong pada acara 1m papan anjal wanita pada Sukan Sea lalu.
AKSI Jun Hoong pada acara 1m papan anjal wanita pada Sukan Sea lalu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia