Harian Metro

KPI Hafizh tinggi

Perlu tamat saingan dalam kelompok lima terbaik musim depan

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Masa depan Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya terjawab apabila pelumba berusia 23 tahun itu secara rasminya bakal beraksi bersama pasukan baru, PETRONAS Sprinta Racing musim depan.

Pasukan itu dibentuk hasil kerjasama antara PETRONAS serta Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) yang menyaksika­n Hafizh diberi jolokan ‘Pescao’ akan kekal beraksi dalam kategori Moto2.

Perkembang­an itu menyaksika­n SIC Racing Team yang beraksi dalam kelas Moto3 menerusi dua pelumbanya, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki, turut bertukar nama sebagai PETRONAS Sprinta Racing mulai musim depan.

Perkara itu diumumkan Naib Presiden Pemasaran Urusniaga Hiliran PETRONAS, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir pada sidang media semalam.

“Pertamanya, ini adalah kerjasama dengan kontrak selama tiga tahun sehingga 2020. Bagi kami apa yang penting adalah kerjasama ini diharap dapat meningkatk­an lagi jenama kami.

“Untuk Hafizh, dia sudah pun berjaya meraih podium pada tahun ini dan harap dapat mengekalka­n momentum selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, Hafizh diberikan indeks prestasi utama (KPI) yang tinggi iaitu perlu menamatkan saingan dalam kelompok lima pelumba terbaik musim depan.

“Objektif utama untuk memastikan Hafizh dapat beraksi di kelas utama, iaitu MotoGP.

“Sekiranya dia dapat meraih pencapaian itu, maka peluangnya untuk beraksi di kategori utama, MotoGP pada 2019 lebih cerah,” katanya.

Hafizh menerusi laporan sebelum ini mengesahka­n akan meninggalk­an pasukan lamanya, PETRONAS Raceline Malaysia dan memberi bayangan akan berhijrah ke pasukan baru.

 ??  ?? PENGERUSI SIC, Tan Sri Azman Yahya (tiga dari kiri), Timbalan Presiden Pemasaran Aliran Petronas Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Tahir (tiga dari kanan), Razlan (kiri) dan Ketua Pengurusan Jenama Petronas Noor Afiza M Yusof (kanan) bersama Hafizh...
PENGERUSI SIC, Tan Sri Azman Yahya (tiga dari kiri), Timbalan Presiden Pemasaran Aliran Petronas Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Tahir (tiga dari kanan), Razlan (kiri) dan Ketua Pengurusan Jenama Petronas Noor Afiza M Yusof (kanan) bersama Hafizh...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia