Harian Metro

Mampu penuhi sasaran

-

Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengaku tidak tertekan dengan sasaran tinggi diberikan kepadanya pada musim depan bersama pasukan baru, PETRONAS Sprinta Racing.

Jelas Hafizh, secara peribadi dia berpendapa­t mampu memenuhi sasaran untuk menamatkan saingan musim depan di kelompok lima pelumba terbaik.

“Saya rasa ia tidaklah begitu berat jika melihat kepada prestasi saya sepanjang tahun lalu dan musim ini.

“Tahun lalu saya mampu berikan saingan yang baik tetapi hanya gagal menaiki podium. Tahun ini pula saya bergelut pada awal sehingga pertengaha­n musim.

“Tapi akhirnya saya dapat menaiki podium sebanyak dua kali.

“Jika dibandingk­an dengan tahun lalu, sebenarnya tidak terlalu banyak perbezaan mata. Selepas meraih dua podium, saya berharap akan cuba lagi untuk menaiki podium minggu ini,” katanya yang ketika ini menduduki tangga ke-11 kedudukan pelumba Moto2 dengan mengumpul 86 mata.

Mengulas perasaanny­a yang bakal meninggalk­an pasukan ketika ini, PETRONAS Raceline Malaysia selepas 10 tahun bersama, Hafizh enggan mengulas lanjut tetapi tetap berterima kasih kepada pasukan itu yang banyak membina kariernya.

“Saya hanya mahukan pengalaman baru untuk melihat sejauh mana kemampuan saya sebab sudah begitu lama dengan Raceline.

“Apapun terima kasih kepada Raceline yang sebelum ini banyak membantu saya,” katanya.

 ?? FOTO: NIK HARIFF NIK HASSAN ?? HAFIZH (tengah) bersama rakan sepasukan Adam (kiri) dan Sasaki
FOTO: NIK HARIFF NIK HASSAN HAFIZH (tengah) bersama rakan sepasukan Adam (kiri) dan Sasaki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia