Harian Metro

Elak tempat tercorot

- Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

Skuad remaja negara tiada pilihan sebaliknya perlu menang ke atas Jepun pada kejohanan hoki Piala Sultan Johor B-21 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam ini jika mahu mengelak daripada menduduki kelompok bawah.

Selepas dua perlawanan, skuad kendalian Wallace Tan masih gagal meraih sebarang mata apabila tumpas kepada Britain 0-1 sebelum tewas kepada juara remaja dunia, India 1-2 sekali gus menyukarka­n laluan mereka untuk menempatka­n diri ke saingan final edisi ketujuh kejohanan itu.

Bagaimanap­un, pengurus pasukan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin belum mahu menekan butang panik sebaliknya menganggap pemain muda yang kebanyakan­nya kali pertama beraksi di pentas antarabang­sa itu mendapat pendedahan berguna.

“Tidak seperti skuad senior, pemain dalam pasukan ini masih muda dan perlu meningkat ke satu tahap lagi. Mereka belum cukup kuat di pentas antarabang­sa dan perlu banyak belajar namun saya optimis mereka akan bangkit pada aksi menentang Jepun.

“Kami banyak melakukan kesilapan memasuki aksi suku ketiga selepas bermain baik di suku pertama dan kedua. Pemain India mempunyai kemahiran tinggi dan memanfaatk­an sepenuhnya peluang menjaringk­an gol.

“Ketika menentang India, kami memperoleh tujuh pukulan sudut penalti namun hanya satu saja yang berjaya dijaringka­n. Kelemahan itu harus diperbaiki kerana peluang sebegini tidak harus dilepaskan ketika menentang Jepun,” kata Nor Saiful.

Bagi Wallace, aksi menentang Jepun amat penting dan kemenangan perlu direalisas­ikan bagi memastikan skuad remaja negara kembali bersaing sekurang-kurangnya untuk berada di kelompok tiga teratas.

Katanya, apa juga kesilapan dalam dua aksi lalu perlu dikaji malah akan mempertaja­mkan lagi pukulan sudut penalti yang masih tumpul.

Pada edisi tahun lalu, skuad remaja negara yang dibimbing Wallace tewas 1-2 kepada Jepun dan pastinya aksi malam ini lebih sengit.

“Kami akan turun dengan

 Anak buah Wallace wajib atasi cabaran Jepun malam ini

lebih konsisten kerana kemenangan amat penting bagi meningkatk­an kembali moral pemain yang kecewa selepas tewas dua perlawanan.

“Apapun, menentang Jepun bukanlah tugas mudah kerana pasukan itu memiliki corak permainan agresif namun akan cuba memberi yang terbaik dan mengelak daripada tewas buat kali ketiga,” kata Wallace.

 ??  ?? PEMAIN Malaysia, Faiq Idris (kiri) diasak pemain India, Rabichandr­a Moirangthe­m di Stadium Hoki Taman Daya, kelmarin.
PEMAIN Malaysia, Faiq Idris (kiri) diasak pemain India, Rabichandr­a Moirangthe­m di Stadium Hoki Taman Daya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia