Harian Metro

Tak sabar nikmati karipap

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

Kuala Lumpur: ‘Karipap’. Itu perkara pertama yang terlintas di benak pemain golf wanita nombor satu dunia, So-yeon Ryu.

Bintang Korea Selatan itu tidak sabar untuk menjamu seleranya dengan karipap apabila dia berada di ibu negara untuk menyertai Kejohanan Sime Darby LPGA Malaysia yang dijadualka­n bermula 26 hingga 29 Oktober.

“Saya sukakan negara ini, saya gemarkan karipap dan setiap kali datang ke Malaysia, saya akan pastikan dapat menikmati makanan itu.

“Saya sudah menang dua kejohanan tahun ini dan saya masih memburu kejuaraan. Saya harap kemenangan ketiga akan hadir minggu ini.”

Pemain berusia 27 tahun itu menjulang gelaran pertamanya tahun ini, Jun lalu lalu di Kejohanan Arkansas dan untuk menambah koleksinya, dia menjulang kejuaraan utama kedua di ANA Inspiratio­n, Ogos lalu.

Tetapi halangan terbesar baginya untuk muncul juara minggu ini pastinya dari juara bertahan, Shanshan Feng yang percaya kedinya, Mercer Leftwich mempunyai kemahiran untuk membaca setiap inci lapangan di TPC Kuala Lumpur kerana dia sudah kerap di Malaysia sejak kejohanan berkenaan bermula pada 2010.

Leftwich sudah dua kali membantu Shanshan muncul juara pada 2014 dan 2016 selain dia juga bertanggun­gjawab menjana kejayaan Jimin Kang pada 2010.

Selain dua kali menjadi juara, Shanshan yang juga pemain nombor enam dunia itu turut bergelar naib juara pada dua edisi iaitu 2013 dan 2015 ketika Lexi Thompson dan Jessica Korda diangkat selaku pemenang.

“Saya boleh dikatakan bergantung kepada kemahiran kedi. Mercer perlu berada di sini kerana rekodnya jauh lebih baik berbanding rekod saya di sini kerana dia pernah membantu pemain memenangi tiga kejuaraan di sini sedangkan saya baru dua kali bergelar juara di Malaysia. Jika menang, ia bukan disebabkan saya sebaliknya ia dibantu oleh Mercer.”

Pemain berusia 28 tahun masih lagi mengingati pertemuan pertamanya dengan Leftwich di Malaysia dan sejak itu, mereka sudah enam tahun bekerjasam­a.

“Kami bertemu di sini dan ini adalah kejohanan pertama yang menyaksika­n kerjasama kami. Justeru, ia amat istimewa buat kami berdua.

“Hanya kemenangan yang akan menjadi tanda aras untuk kami menyambut ulang tahun kerjasama yang keenam ini.”

 ??  ?? GELAGAT (dari kiri) Natasha Oon, Kelly Tan, Shanshan Feng, So Yeon Ryu dan Anna Nordqvist pada sidang media sempena Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2017 di TPC Bukit Kiara, semalam.
GELAGAT (dari kiri) Natasha Oon, Kelly Tan, Shanshan Feng, So Yeon Ryu dan Anna Nordqvist pada sidang media sempena Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2017 di TPC Bukit Kiara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia