Harian Metro

Yew Sin akui makin serasi dengan Wee Kiong

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Menjelang pusingan pertama Terbuka Perancis, pemain beregu lelaki negara, Ong Yew Sin mengaku sudah semakin serasi berganding­an dengan pemain senior yang juga bekas pasangan nombor satu dunia, Tan Wee Kiong.

Menurut Yew Sin, selepas hampir sebulan berlatih bersama Wee Kiong, banyak yang dipelajari daripada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu dan berharap aksi pertama mereka bertemu pasangan Jerman, Jones Ralfy Jansen-Josche Zurwonne hari ini berakhir dengan kemenangan.

“Memang banyak lagi yang saya perlu belajar dari Wee Kiong namun untuk aksi pertama nanti saya berharap dapat bermain seperti biasa. Jika kami berjaya mengejutka­n beberapa pasangan pilihan, ia akan membuatkan kami lebih kuat,” kata pemain kelahiran Melaka itu.

Jelasnya, antara perkara baru yang dipelajari ketika berganding­an bersama Wee Kiong ialah membuat pukulan mengikut rentak permainan pasanganny­a itu.

“Memang tidak sama berbanding ketika saya berganding­an dengan Teo Ee Yi. Bagaimanap­un, saya akui lama-kelamaan kami akan memahami antara satu sama lain apabila sudah mendapat rentak. Saya dengan dia (Wee Kiong) juga tidak mempunyai sebarang masalah sebelum digandingk­an. Baik dari segi komunikasi mahupun ketika berganding­an.

“Daripada segi tekanan memang ada kerana saya bimbang akan melakukan kesilapan dan tidak memenangi perlawanan. Bagaimanap­un, Wee Kiong memberitah­u saya tidak perlu berasa tertekan dan melihat kepada keputusan kalah atau menang. Saya sendiri juga mempunyai sasaran untuk melakukan satu demi satu kejutan ketika bertemu lawan lebih kuat,” kata Yew Sin.

Selepas Terbuka Perancis, Yew Sin-Wee Kiong akan beraksi di Terbuka Bitburger di Jerman di mana mereka mendapat bye di pusingan pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia