Harian Metro

Dua pasukan UniMAP kuasai bowling

- Pizan Mustapa sukan@hmetro.com.my

ini.

Turut hadir, tiga legenda bola sepak negara, Datuk Shukor Salleh, Datuk Mohamad Bakar dan Moey Yoke Ham.

Dalam pertanding­an itu, juara, naib juara, tempat ketiga hingga kelapan akan membawa pulang piala, pingat, barangan penaja dan sijil penyertaan. Kuala Lumpur: Dua pasukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengunggul­i Kejohanan Tenpin Bowling Terbuka UniMAP- CEN-D 2017 yang berlangsun­g selama tiga hari di Ampang Superbowl, The Summit USJ, baru-baru ini.

Kejohanan julung kali diadakan itu disertai 200 peserta dari 55 pasukan termasuk daripada SUKMA negeri-negeri, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Universiti.

Pasukan UniMap CEN-D yang diwakili Nurakmal Ramli, Mohd Zul Fauzi Mohd Sawal dan Mahadzir dinobatkan sebagai juara keseluruha­n apabila mengumpul 6,321 jatuhan pin dan membawa pulang RM8,000.

Manakala naib juara dan ketiga dimenangi pasukan UniMAP Utagha (6,316 jatuhan pin) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) (6,245 jatuhan pin). Masing-masing menerima wang tunai RM4,000 dan 2,000.

Sementara itu, 30 pemain yang mewakili pelbagai media turut mengambil bahagian dalam kategori jemputan khas dan ia menyaksika­n penguasaan Harian Metro apabila Mohd Jamilul Anbia Md Denin muncul juara selepas membuat 393 jatuhan pin diikuti Boyd Madsam dari RTM (360 jatuhan pin)

dan Rikiman Yusof dari Kosmo (349 jatuhan pin).

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal. Turut hadir, pengeluar produk kesihatan CEN-D yang juga penaja kejohanan, Ketua Pegawai Eksekutif Minda Teguh Trading, Azizi Ali dan Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Suhizaz Sudin.

 ??  ?? BINTANG Biru Assumption FC dan SPT Indian FA bergambar kenangan pada sidang media sempena Program Karnival Samba Bola Sepak Perpaduan 7 Sebelah B-12 Tahun Piala Datuk
Shukor Salleh 2017.
BINTANG Biru Assumption FC dan SPT Indian FA bergambar kenangan pada sidang media sempena Program Karnival Samba Bola Sepak Perpaduan 7 Sebelah B-12 Tahun Piala Datuk Shukor Salleh 2017.
 ??  ?? SUHIZAZ (empat dari kiri), Zul Azhar (lima dari kiri) dan Azizi (dua dari kanan) bergambar bersama tiga pasukan teratas yang mengunggul­i Bowling Terbuka UniMAP/CEN-D 2017.
SUHIZAZ (empat dari kiri), Zul Azhar (lima dari kiri) dan Azizi (dua dari kanan) bergambar bersama tiga pasukan teratas yang mengunggul­i Bowling Terbuka UniMAP/CEN-D 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia