Harian Metro

Zulfikri wira skuad muda Penyu

- Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Gol tunggal hasil tandukan Muhammad Zulfikri Mohamad pada minit ke-30 menobatkan pasukan bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST) selaku juara kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2017 selepas menewaskan MSS Kelantan 1-0 di Stadium Darul Makmur, baru-baru ini.

Membariska­n empat pemain belia kebangsaan dan beberapa pemain projek pembanguna­n bola sepak negeri, skuad bimbingan Zaizamroh Yusof itu bagaimanap­un dipaksa berhempas pulas sebelum menang ke atas MSS Kelantan.

Zaizamroh berkata, kejayaan itu hasil kesungguha­n, disiplin dan semangat tinggi semua pemain sepanjang kejohanan yang menghimpun­kan ramai pemain berbakat di peringkat belia itu.

Katanya, pertemuan skuad Penyu dan Kelantan di pentas akhir adalah seimbang namun kemenangan berpihak kepada pasukan yang tidak banyak melakukan kesilapan.

Katanya, selepas 30 minit permainan, gol tunggal Terengganu hadir apabila benteng pertahanan lawan sedikit leka.

“Kebangkita­n lawan pada hujung babak kedua hampir menghasilk­an jaringan namun beberapa percubaan mereka gagal menemui penyudah sedangkan pemain saya agak tertekan dengan asakan bertali arus itu.

“Saya berpuas hati dengan kejayaan muncul juara acara bola sepak MSSM musim ini dan ia hadiah bermakna kepada pemain yang sebelum ini berjanji membuktika­n kebolehan,” katanya.

Katanya, musim lalu Terengganu tewas 1-2 di tangan Pulau Pinang di final manakala pada saingan 2015, skuad bimbingann­ya hanya mampu melangkah ke peringkat suku akhir.

Zaizamroh berkata, enam pemain Penyu yang beraksi pada saingan MSSM kali ini adalah muka lama dan pengalaman luas mereka menjadi pencetus kejayaan.

 ??  ?? PASUKAN MSST muncul juara kejohanan bola sepak MSSM.
PASUKAN MSST muncul juara kejohanan bola sepak MSSM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia