Harian Metro

Hartley pacu Toro Rosso

- Reuters

Toro Rosso menggugurk­an pelumba Russia, Daniil Kvyat (gambar) bagi perlumbaan Grand Prix (GP) Mexico, hujung minggu ini dan sekali lagi menyenarai­kan Brendon Hartley susulan persembaha­n baik di Texas.

Pelumba Perancis, Pierre Gasly juga kembali disenaraik­an selepas dia terlepas GP Amerika Syarikat (AS) minggu lalu bagi melengkapk­an pusingan terakhir kejuaraan Formula Super Jepun yang digagalkan cuaca buruk.

Hartley yang juga pelumba kelahiran New Zealand, menamatkan GP AS di tangga ke-13 di Litar Americas dengan pendekatan tenang terutama di pusingan terakhir

susulan selain tidak melakukan sebarang kesilapan besar sepanjang perlumbaan.

“Barisan pelumba bagi pasukan Scuderia Toro Rosso untuk perlumbaan Grand Prix Mexico 2017 akan dikendalik­an oleh Pierre Gasly dan Brendon Hartley,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Gasly berlumba buat pasukan milik Red Bull di GP Malaysia dan Jepun bersama pelumba Sepanyol, Carlos Sainz yang kini berpindah ke Renault.

Ini kali ketiga Kvyat digugurkan oleh Red Bull dan tiada sebarang tanda bila dia akan kembali berlumba yang mengesahka­n pemandu 23 tahun itu tidak berada dalam perancanga­n masa panjang

 Mampu kembalikan semula reputasi pasukan

syarikat berkenaan.

Toro Rosso bertindak sebagai pasukan sokongan buat Red Bull Racing dengan mengetenga­hkan pelumba muda. Kvyat pernah bertindak sebagai pelumba yang mengisi kekosongan di pasukan utama itu sebelum digugurkan.

Hartley yang kini berusia 27 tahun, sebelum ini pernah digugurkan daripada program Red Bull selepas mengharung­i ujian bersama Toro Rosso pada tahun 2009.

Begitupun, dia membuat kepulangan semula menakjubka­n apabila menang perlumbaan 24 jam Le Mans dan Kejuaraan Perlumbaan Lasak Dunia selepas itu dan menjadi pelumba New Zealand pertama memandu jentera F1 dalam tempoh 33 tahun.

Toro Rosso masih lagi menilai pilihan mereka bagi musim 2018 dengan Gasly hampir pasti mengesahka­n kedudukan selain Hartley.

 ??  ??
 ??  ?? HARTLEY (kanan) bergambar bersama peminat selepas tamat GP Amerika Syarikat di Austin, Texas.
HARTLEY (kanan) bergambar bersama peminat selepas tamat GP Amerika Syarikat di Austin, Texas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia