Harian Metro

Ronaldo belum puas!

- AFP

 Idam anugerah ketujuh FIFA

Cristiano Ronaldo menyasarka­n anugerah ketujuh FIFA selepas menerima anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan buat kali kelima awal pagi semalam.

Kelab Ronaldo Real Madrid yang menjuarai kedua-dua La Liga dan Liga Juara-Juara musim lalu, mendominas­i anugerah bola sepak Terbaik FIFA 2017 dalam majlis penuh gilang gemilang di London.

Bintang Portugal itu menjaringk­an 44 gol dalam 48 aksi untuk kelab dan negaranya sepanjang tahun ini, termasuk kemenangan 4-1 pada final Liga Juara-Juara ke atas Juventus di Cardiff, 3 Jun lalu.

Ronaldo mengatasi pencabar iaitu seteru utama di Barcelona Lionel Messi dan pemain termahal dunia dari Paris Saint-Germain Neymar.

Namun bagi seorang pemain yang menikmati kejayaan hebat di Manchester United dan Real, Ronaldo ternyata masih belum puas.

“Saya mahu tujuh. Lima memang baik tetapi tujuh adalah angka bertuah saya, jadi tujuh kemenangan pastinya hebat.”

Jurulatih Real Zinedine Zidane menerima anugerah pengurus terbaik tahunan dan lima daripada pemain kelab itu turut disenaraik­an dalam pasukan tahunan FIFPro.

Ronaldo menjulang anugerah sulung pemain lelaki tahunan Terbaik FIFA selepas berakhirny­a gabungan di antara FIFA dengan anugerah Bolasepak Perancis Ballon D’Or selama enam tahun.

Pemain berusia 32 tahun itu sebelum ini memenangi Pemain Tahunan Dunia FIFA, pada 2008 sebelum anugerah Terbaik FIFA diperkenal­kan.

Dia kini memenangi dua trofi terakhir FIFA, selain tiga daripada empat anugerah terakhir Ballon D’Or.

“Terima kasih banyak kerana mengundi saya,” kata Ronaldo selepas menerima anugerah daripada legenda Argentina Diego Maradona dan jagoan Brazil Ronaldo di London Palladium.

“Saya sebut Leo and Neymar, betapa hebat berada di sini. Penyokong Real Madrid, rakan sepasukan, jurulatih saya, mereka semua menyokong saya sepanjang tahun.

“Kami berada di England kali pertama dan saya menang anugerah berturut-turut,” katanya.

“Ia satu detik istimewa buat saya. Saya mempunyai penyokong seluruh dunia.”

Zidane menewaskan jurulatih Chelsea Antonio Conte dan jurulatih Juventus Massimilia­no Allegri sebagai jurulatih lelaki terbaik tahunan selepas menjadi lelaki pertama mempertaha­nkan gelaran Piala Eropah dalam era Liga Juara-Juara.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada pemain kerana menjadikan­nya satu kenyataan. Ia satu hadiah istimewa,” kata Zidane.

Anugerah Puskas untuk jaringan terbaik 2017 jatuh kepada pemain Arsenal Olivier Giroud.

 ??  ?? GIROUD (kiri) menerima Anugerah Puskas daripada bekas pemain antarabang­sa Uruguay Diego Forlan
GIROUD (kiri) menerima Anugerah Puskas daripada bekas pemain antarabang­sa Uruguay Diego Forlan
 ??  ?? RONALDO mencium trofi dimenangin­ya di London Palladium, semalam.
RONALDO mencium trofi dimenangin­ya di London Palladium, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia