Harian Metro

Unsworth pengendali sementara Everton ‘KAMI OK AJE’

- Reuters

London: Everton semalam melantik jurulatih skuad Bawah-23 mereka David Unsworth sebagai pemangku pengurus berikutan pemecatan Ronald Koeman.

Jurulatih berusia 44 tahun itu akan menyertai kunjungan ke laman Chelsea untuk aksi 16 pasukan terakhir Piala Liga.

Unsworth menjadi pilihan penyokong dengan pencapaian cemerlang bersama kelab itu sebagai pemain dengan 350 penampilan dalam dua penggal di Goodison Park.

Beliau membawa skuad B-23 menjulang gelaran Liga Perdana 2 musim lalu.

Koeman dipecat kelmarin selepas bermula buruk musim ini biarpun berbelanja £140 juta (RM781.4 juta) untuk membeli pemain namun berdepan detik paling memalukan apabila dibelasah 2-5 oleh Arsenal di laman sendiri, meletakkan mereka dalam kelompok tiga terbawah.

“Kelab Bolasepak

Everton boleh mengesahka­n bahawa David

Unsworth akan mengendali­kan sementara skuad utama Everton bermula perlawanan Piala Liga malam esok (awal pagi Khamis) di Stamford Bridge,” menurut kenyataan Everton.

Unsworth – pernah sekali mewakili England – mungkin akan mengendali­kan beberapa perlawanan menjelang perlawanan antarabang­sa dua minggu lagi.

Everton akan menyertai perlawanan Liga Perdana menentang Leicester dan Watford diselang dengan kunjungan ke kelab Perancis Lyon dalam aksi Liga Europa. -AFP

London

Pengurus Chelsea Antonio Conte akan menerima sokongan penuh daripada pemainnya untuk membantu jurulatih Itali itu mengelak daripada mengalami nasib sama dengan Jose Mourinho dua tahun lalu, kata penjaga gol juara Liga Perdana Inggeris itu, Thibaut Courtois.

Chelsea menamatkan tiga aksi tanpa sebarang kemenangan dengan kemenangan ke atas Watford hujung minggu lalu tetapi persiapan perlawanan itu dibayangi spekualsi mengenai masa depan Conte dengan laporan media membayangk­an pemain tidak gembira dengan corak latihannya.

Courtois membanding­kan situasi itu dengan Mourinho, yang menjuarai liga itu pada 2014-15 tetapi dipecat pada musim berikutnya susulan rentetan keputusan teruk.

“Kami sedia berjuang untuk jurulatih,” kata Courtois. “Saya masih ingat apa yang berlaku dua tahun lalu di bawah Jose Mourinho dan banyak perkara diperkatak­an, pelbagai cerita mengenai kisah dalam bilik persalinan tanpa mengetahui apa yang berlaku.

“Kami gembira menunjukka­n yang kami sedia berjuang. Kami tahu apa akan berlaku (lebih banyak perdebatan mengenai masa depan Conte) jika kami tewas ke atas Watford.”

Courtois, 25, menafikan laporan mengenai pemain yang tidak senang dengan corak latihan pengurus itu.

“Setiap pengurus mempunyai rutin tersendiri. Kami melakukan banyak sesi latihan dan taktikal. Kami tiada masalah dengannya,” kata pemain Belgium itu.

“Musim lalu kami juara dengan caranya dan kami berlatih lebih banyak daripada musim ini, jadi saya tidak tahu mengapa seseorang perlu merungut. Ia bukan bermaksud kami tidak suka berlatih.”

Chelsea di tangga keempat liga akan bertemu Everton dalam pusingan keempat Piala Liga awal pagi Khamis sebelum berkunjung ke

Bournemout­h di tangga ke-19 liga pada Sabtu.

 Courtois nafi pemain Chelsea tidak gembira dengan corak latihan dikendalik­an Conte

 ??  ?? COURTOIS (kiri) sedia berjuang untuk Conte.
COURTOIS (kiri) sedia berjuang untuk Conte.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia