Harian Metro

Antonio tekad balas dendam

-

London: Pemain tengah West Ham United Michail Antonio

mahu membalas dendam ke atas pencabar setempat Tottenham Hotspur apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam pusingan keempat Piala Liga di Wembley awal pagi esok.

West Ham yang ketika ini di tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris tewas 2-3 di laman sendiri bulan lalu di tangan pencabar London itu.

Spurs di tangga ketiga menjadikan Stadium Wembley sebagai laman sendiri memandangk­an stadium baru mereka masih dalam pembinaan.

“Ia perlawanan yang hebat,” kata Antonio. “Biarpun tidak diadakan di Wembley sekali pun, ia masih perlawanan yang besar.

“Terutamany­a selepas mereka menewaskan kami di laman sendiri, kami perlu ke sana dan menewaskan mereka di laman sendiri. Kami perlu menenangka­n minda kami, pergi ke sana dan bermain untuk peminat.”

Kali terakhir Antonio bermain di stadium nasional itu adalah pada 2010 di mana dia menjaringk­an gol untuk bekas kelabnya Southampto­n ketika menang 4-1 ke atas Carlisle United pada final Trofi EFL.

“Ia adalah Wembley. Mereka mungkin bermain di sana sepanjang musim tetapi bagi pasukan lain yang akan ke Wembley, ia pastinya menyeronok­kan,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

“Ramai pemain tidak berpeluang untuk bermain di sana, yang kini berpeluang menjejakka­n kaki ke sana. Orang akan datang dan mahu bermain di sana kerana ia sebuah stadium bersejarah.

“Menjaringk­an gol di Stadium Wembley yang bersejarah sungguh sukar dipercayai. Saya ingin melakukann­ya lagi pada malam

Rabu ini!”

West Ham akan kembali ke aksi Liga Perdana Inggeris apabila berkunjung ke laman pasukan tercorot Crystal Palace pada Sabtu. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia