Harian Metro

AFC pilih Thailand Vingada lega main venue berkecuali

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my Ajitpal Singh sukanteam@nstp.com.my

Seperti dijangka, dua aksi Kelayakan Piala Asia 2019 membabitka­n Korea Utara menentang Malaysia yang dijadualka­n pada 10 dan 13 November ini akan berlangsun­g di Thailand.

Perkembang­an itu diumumkan Setiausaha Agung Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John yang mengesahka­n kedua-dua aksi terbabit dapat dilangsung­kan di negara Gajah Perang itu selepas Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah.

Bagaimanap­un, Windsor menyatakan venue sebenar dua aksi itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kami bersyukur di atas sokongan berterusan daripada FAT yang bersetuju menjadi tuan rumah bagi dua aksi ini. Dengan sokongan ini, AFC berjaya mengekalka­n integriti sukan pada aksi kelayakan Piala Asia 2019.

“Namun, kami perlu menunggu maklum balas daripada FAT kerana mereka yang akan menentukan venue perlawanan untuk dua aksi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jika dilihat kepada kapasiti dan lokasi stadium, Stadium Rajamangal­a dilihat venue paling sesuai memandangk­an ia terletak di Bangkok dan memiliki kapasiti penonton terbesar yang mampu memuatkan hampir 50,000 penonton selain menjadi stadium rasmi buat skuad kebangsaan Thailand.

Korea Utara terlebih dulu akan menjadi tuan rumah pada aksi pertama yang berlangsun­g pada 10 Oktober sementara perlawanan timbal balik pada 13 November akan menyaksika­n Malaysia bergelar tuan rumah.

Sebelum ini, ketegangan politik yang melanda Korea Utara menyaksika­n badan induk bola sepak Asia itu terpaksa menunda perlawanan antara dua negara itu buat kali ketiga, 28 September lalu. Kuala Lumpur: Jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada mampu menarik nafas lega susulan keputusan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) untuk mengadakan kedua-dua perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara di Thailand pada 10 dan 13 November ini.

Malaysia yang berada di kedudukan akhir Kumpulan B dengan satu mata daripada tiga perlawanan, perlu mencipta keputusan positif menentang

 FAT sedia jadi tuan rumah aksi Malaysia-Korea Utara

Korea Utara untuk mencerahka­n kembali peluang ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Lebanon mendahului kumpulan dengan 10 mata diikuti Hong Kong sementara Korea Utara berada di tempat ketiga dengan dua mata.

Dalam kenyataan semalam, AFC mengumumka­n bahawa perlawanan pertama Kumpulan B antara Korea Utara dengan Malaysia akan dijalankan di Thailand pada 10 November ini.

Perlawanan kedua di mana Malaysia bakal menjadi tuan rumah, juga akan diadakan di Thailand tiga hari selepas itu.

“Saya tak mahu katakan sama ada bermain di Thailand akan menjadi kelebihan buat Malaysia tetapi yang pastinya ia menjimatka­n masa perjalanan. Cuaca di Thailand juga lebih kurang sama dengan kita berbanding di Pyongyang, yang kini sejuk,” kata Vingada.

“Perubahan venue memberikan kami lebih peluang untuk mengutip mata dalam perlawanan di Thailand. Tetapi sudah pasti, kami akan menjadi tuan rumah di venue yang sama.

“Saya yakin kami mempunyai 50 peratus peluang untuk keputusan yang baik, tetapi ia akan menjadi sengit di mana hanya ada tiga hari rehat di antara kedua-dua perlawanan.

“Ia juga akan menjadi masalah jika kita mengalami kecederaan pada perlawanan pertama,” katanya.

Perlawanan pertama antara Korea Utara dan Malaysia sepatutnya berlangsun­g di Pyongyang pada Mac lalu sebelum dipinda ke 5 Oktober tetapi kedua-dua tarikh itu ditunda susulan masalah keselamata­n.

 ??  ?? VINGADA (tengah) bersama sebahagian pemain menjalani latihan bagi hadapi perlawanan kelayakan Piala Asia.
VINGADA (tengah) bersama sebahagian pemain menjalani latihan bagi hadapi perlawanan kelayakan Piala Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia