Harian Metro

T-Team masih berpeluang kekal dalam Liga Super

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Skuad T-Team belum lagi berada dalam keadaan kritikal atau tenat sebaliknya berpeluang cerah untuk terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Itu reaksi penolong jurulatih T-Team, Azhari Salim yang masih yakin anak buahnya mampu menempatka­n diri dalam kelompok 10 pasukan terbaik Liga Super musim ini biarpun dipotong tiga mata oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Beliau berkata, walaupun pasukannya kini masih dikategori­kan belum selamat untuk kekal dalam saingan liga utama itu tetapi berdasarka­n kedudukan mata terkini, peluang skuad The Titans tetap terbuka luas.

“Pada saya, pasukan T-Team lebih cerah untuk kekal dalam Liga Super musim depan kerana hanya memerlukan keputusan seri saja dalam aksi terakhir bertemu Sarawak.

“Berdasarka­n prestasi semasa juga, pemain kini berada pada tahap terbaik seperti dipamerkan ketika sesi latihan dan perlawanan persahabat­an biarpun berehat panjang,” kata Azhari.

Pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Januari lalu, skuad yang terkenal dengan jolokan Tibang T-Team Tibang itu seri 1-1 dengan Sarawak.

Berdasarka­n kedudukan terkini, The Titans berada di tangga kesembilan liga dengan mengutip 22 mata manakala Sarawak di tangga ke-10 dengan 20 mata.

T-Team juga memiliki kelebihan jaringan berbanding Sarawak dan Kelantan yang kini menghuni tangga ke-11.

 ??  ?? PEMAIN T Team, Mohd Hasbullah Awang (kanan) menyekat asakan pemain Pahang, Sumareh Mohmadou.
PEMAIN T Team, Mohd Hasbullah Awang (kanan) menyekat asakan pemain Pahang, Sumareh Mohmadou.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia