Harian Metro

Idam 4 slot teratas

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Skuad futsal lelaki letak sasaran realistik di Kejuaraan Futsal AFF 2017 Februari depan

Skuad futsal lelaki negara menyasarka­n untuk menduduki salah satu daripada empat slot teratas Kejuaraan Futsal AFF 2017 yang bakal berlangsun­g di Ho Chi Minh, Vietnam dalam usaha layak secara merit ke Kejuaraan AFC di Taiwan, Februari depan.

Ketua jurulatihn­ya, Chiew Chun Yong berkata, sasaran itu dianggap cukup realistik berdasarka­n kejayaan skuad sama memenangi pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila Malaysia tewas 3-4 di tangan jaguh dunia, Thailand di final.

“Kami sudah mengadakan persiapan rapi sebaik Sukan SEA berakhir dan sempat menghadapi dua perlawanan persahabat­an menentang Qatar, di sana dengan mencatat satu kemenangan dan satu seri.

“Saya lihat banyak perkara positif berlaku dengan beberapa kelemahan sebelum ini berjaya diatasi. Kami kini bersedia beraksi di Kejuaraan AFF pula.

“Untuk saingan kali ini, kami diundi dalam kumpulan yang agak sukar terutama apabila terpaksa berdepan Thailand dalam kumpulan selain Timor Leste dan Laos nanti.

“Apapun, kami tetap meletakkan sasaran untuk layak ke separuh akhir bagi membolehka­n kami merebut empat tiket terbaik dari Asia Tenggara untuk layak ke pusingan akhir tahun depan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.

Sebagai persiapan akhir menghadapi Kejuaraan AFF, skuad 14 pemain itu mengharung­i dua aksi pemanas badan bertemu skuad kebangsaan Qatar di Doha yang menyaksika­n skuad kendalian Chun Yong seri 1-1 pada aksi pertama (13 Oktober) dan menang 5-4 pada aksi kedua (15 Oktober).

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan kempen berdepan Timor Leste, Khamis ini diikuti Laos (Jumaat) sebelum menamatkan saingan kumpulan dengan menentang juara bertahan,

(Sabtu).

Sementara itu, saingan Kumpulan A juga turut sengit dengan tuan rumah Vietnam, Myanmar, Brunei, Filipina dan Indonesia. Undian semula terpaksa diadakan selepas penarikan diri Australia pada saat akhir.

Berdasarka­n format pertanding­an, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 1 November, sekali gus mengisi empat slot ASEAN yang layak ke pusingan akhir Kejuaraan AFC di Taiwan.

“Saya sentiasa ingatkan pemain supaya menganggap setiap perlawanan sebagai

Thailand final dan harus mencari kemenangan bagi membolehka­n kami memungut enam mata maksimum ketika bertemu Laos dan Timor Leste,” katanya.

Pada edisi di Bangkok dua tahun lalu, skuad negara kendalian jurulatih Marcelo Serpa menamatkan saingan di tangga ketiga selepas mudah membelasah Timor-Leste 8-1 untuk berada di belakang Thailand (juara) dan Myanmar (naib juara).

 ??  ?? SKUAD futsal lelaki menangi pingat perak pada Sukan SEA 2017 lalu.
SKUAD futsal lelaki menangi pingat perak pada Sukan SEA 2017 lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia