Harian Metro

Enggan jadi ‘lauk’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Kim Swee yakin anak buah mampu pamer tentangan sengit hadapi gergasi Asia Barat

“Kami tidak pergi ke sana untuk dibelasah!” Itu keyakinan yang disuarakan jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee mengenai peluang anak buahnya selepas diundi bersama Iraq, Jordan dan Arab Saudi di Kejohanan AFC B-23 di China, Januari depan.

Selepas majlis undian pusingan akhir kejohanan yang berlangsun­g di Changzhou semalam, Malaysia dilihat berdepan laluan sukar apabila diletakkan dalam Kumpulan C bersama tiga pasukan gergasi Asia Barat itu.

Iraq menjuarai edisi pertama 2013 di Oman selepas menewaskan Arab Saudi 1-0 manakala Jordan menduduki tempat ketiga dengan mengalahka­n Korea Selatan 3-2 menerusi penentuan penalti.

Walaupun gagal mempertaha­nkan kejuaraan pada 2016, Iraq tetap hebat apabila mengalahka­n Qatar 2-1 untuk Shah Alam: Penyokong Kedah dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) diingatkan supaya tidak menimbulka­n sebarang kekecohan pada final Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, 4 November ini kerana pergerakan mereka akan sentiasa diawasi pihak polis.

Ini susulan tindakan polis meningkatk­an tahap keselamata­n dengan meletakkan anggota bersama penyokong kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan berlangsun­g. meraih tempat ketiga.

Bagaimanap­un, Kim Swee yang membawa pasukan layak secara automatik buat kali pertama tetap meletakkan harapan tinggi untuk anak buahnya memberikan tentangan.

“Secara peribadi, sebaik kita berjaya layak ke pusingan akhir AFC B-23 di China, kita tiada pilihan melainkan bersiap sedia dengan lebih awal. Saya tidak rasa kita akan menjadi pasukan belasahan nanti. Ini kerana kita pernah bermain dengan pasukan dari negara Arab ini.

“Jurang tidak begitu besar jika kita bandingkan dengan Korea Selatan atau Jepun. Dalam saingan peringkat umur ini, ia tidak begitu jauh jurang untuk mana-mana pasukan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro di China.

Kim Swee berkata, beliau lebih suka memikirkan soal persiapan pasukannya daripada sibuk berbicara mengenai kekuatan lawan mereka itu.

“Saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi tapi kami akan cuba yang terbaik dalam usaha melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Ia bukan tugas mudah tetapi bukan mustahil jika kita membuat perancanga­n serta persiapan yang baik,” katanya yang membimbing pasukan meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos lalu.

 ?? Ong Kim Swee ?? KIM Swee (kanan) ketika sesi latihan skuad bola sepak B22 pada Sukan SEA 2017 lalu. Saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi tapi kami akan cuba yang terbaik”
Ong Kim Swee KIM Swee (kanan) ketika sesi latihan skuad bola sepak B22 pada Sukan SEA 2017 lalu. Saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi tapi kami akan cuba yang terbaik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia