Harian Metro

FELDA tak tunggu lama buru Comvalius

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas perjalanan FELDA United FC terhenti di separuh akhir Piala Malaysia Sabtu lalu, kelab berkenaan tidak menunggu lama untuk memperkuat­kan pasukan bagi menghadapi saingan musim depan apabila difahamkan sedang memburu bekas penyerang remaja Ajax Amsterdam, Sylvano Comvalius

(gambar).

Menurut sumber dalaman FELDA United, khidmat Comvalius penyerang kelahiran Belanda berusia 30 tahun itu yang kini beraksi di Liga Satu Indonesia, Bali United, amat ditagih untuk memastikan sasaran satu piala mampu diraih musim depan.

Pemilihan Comvalius dilihat tepat berdasarka­n prestasiny­a ketika ini yang muncul sebagai penjaring terbanyak liga Indonesia menerusi 28 gol dalam 30 penampilan­nya bersama Bali United.

Malah, namanya juga turut dikaitkan oleh media di negara seberang untuk disenaraik­an sebagai pemain naturalisa­si seperti mana yang pernah diberikan kepada penjaring kedua terbanyak di belakang Safee Sali dalam kempen Piala AFF 2010 lalu iaitu Cristian Gonzales.

“Dia seorang penyerang yang serba lengkap memiliki fizikal tinggi serta amat tajam ketika berada dalam kotak penalti.

“Sememangny­a ciri-ciri seperti itu amat diperlukan untuk membantu FELDA pada musim depan yang dijangka lebih sengit dan mencabar. akan melalui pintu A dan D manakala Kedah B dan C. Kami akan membuat pemeriksaa­n fizikal di setiap pintu. Hanya 10 gendang dibenarkan masuk dengan semuanya perlu mendapatka­n kelulusan kami,” katanya.

Juara bertahan, Kedah melangkah ke final buat kali ketiga berturut-turut dan akan bertemu juara Liga Super, Johor DT yang tampil buat kali kedua sejak tewas di final pada 2014.

“Namun ia masih di peringkat awal perbincang­an dan masih belum ada pengesahan rasmi lagi,” kata sumber itu ketika dihubungi, semalam.

Musim lalu, FELDA United muncul antara pasukan berstatus kelab terbaik menduduki tangga kedua Liga Super di belakang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sekali gus layak untuk bersaing di Piala AFC bersama skuad Harimau Selatan.

Bagaimanap­un, aksi tidak menentu pada awal musim ini menyaksika­n mereka gagal bersaing sebelum pengendali berpengala­man, B Sathianath­an tampil merubah nasib pasukan apabila kini berada di kelompok lima teratas Liga Super serta mara ke separuh akhir Piala Malaysia sebelum tewas 3-1 secara agregat kepada Kedah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia