Harian Metro

Tiket miliki insurans

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Sebanyak 72,000 tiket diperuntuk­kan kepada penyokong Kedah dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) bagi menyaksika­n perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 4 November ini.

Setiap pasukan akan menerima agihan 30,000 tiket dewasa dan 750 kanak-kanak manakala baki 10,000 tiket dewasa serta 500 tiket kanak-kanak dijual menerusi dalam talian.

Tiket bagi dewasa berharga RM50 manakala kanak-kanak RM5 termasuk cukai GST dan perlindung­an insurans.

Menurut Pengarah Pertanding­an Final Piala Malaysia, Mohd Shazli Shaik Mohd, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan pengurusan Johor DT akan menjual tiket di stadium masing-masing pada jam 9 pagi, 1 November ini.

“Jualan tiket menerusi dalam talian akan bermula jam 9 pagi, 30 Oktober manakala pihak KFA dan Johor DT akan menjual tiket bercetak pada jam 9 pagi, 1 November.”

“Kali ini harga tiket termasuk perlindung­an insurans kerana terdapat kes kemalangan yang berlaku sebelum dan selepas perlawanan sehingga ada yang mengakibat­kan kematian.”

“Pemegang tiket boleh menuntut insurans jika terbabit dalam kemalangan dalam tempoh 12 jam sebelum dan selepas perlawanan,” katanya selepas mesyuarat Jawatankua­sa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Johor DT, Kapten Mohd Fahmy Yahya berkata, pihaknya akur dengan pembahagia­n tiket final kali ini.

“Kalau melihat kepada jumlah agihan tiket itu memang tak cukup, bukan saja untuk Johor DT tapi juga Kedah, namun kita terpaksa terima kerana kapasiti stadium.

“Kita akan bawa balik tiket untuk diagihkan kepada semua penyokong di Johor,” katanya.

 72,000 keping diperuntuk­kan kepada penyokong Kedah, Johor DT

 Penyokong boleh dapatkan tiket di stadium 1 November, dalam talian 30 Oktober

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia