Harian Metro

KFA dah sedia atur tugas tempahan tiket

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Sekurang-kurangnya 200 bas penyokong Kedah dijangka membuat permohonan bagi mendapatka­n tiket menyaksika­n final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Shah Alam, 4 November ini.

Perkembang­an itu dimaklumka­n Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shaharol Niza Omar yang menjelaska­n pihaknya sedang bersiap sedia menyelaras­kan tugas berkaitan tempahan tiket yang akan dibuka Ahad ini.

“Rekod tahun lalu sewaktu final Piala Malaysia, kami menerima keseluruha­n permohonan sebanyak 300 bas dan pada Piala FA tahun ini, sebanyak 200 bas dan jangkaan kami kali ini pastinya permohonan akan meningkat dari masa ke semasa

(gambar)

menjelang tarikh final nanti.

“Permohonan tiket melalui bas ini dibuka untuk kelab penyokong, badan gabungan, agensi, jabatan dan NGO. Maksimum permohonan tiket berdasarka­n kapasiti bas seperti tertera di dalam permit dan tempahan minimum adalah 40 keping tiket bagi setiap bas.

“Sebelum membuat kelulusan, setiap permohonan wajib menyertaka­n surat permohonan rasmi, salinan permit bas, salinan resit bayaran tempahan bas serta nama dan nombor telefon pengusaha bas.

“Penebusan tiket tempahan pula boleh dilakukan pada jam 12 tengah hari iaitu pada hari jualan tiket dan hanya tempahan 200 bas yang pertama saja akan diterima.

“Pengurusan KFA berhak menolak permohonan jika didapati ada unsur penipuan.

“Saya mohon kepada semua pihak termasuk kelab penyokong supaya membuat perancanga­n rapi dalam semua aspek serta mematuhi syarat ditetapkan demi kelancaran proses permohonan tiket dan perjalanan ke Shah Alam,” kata Shaharol.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia