Harian Metro

KPBJDT tempah 35 bas gegar Shah Alam

- Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Kelab Penyokong Bolasepak Johor Darul Ta’zim (KPBJDT) sudah membuat persiapan lebih awal apabila menempah 35 bas untuk membawa penyokong menyaksika­n aksi final Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Shah Alam, 4 November ini.

Presiden KPBJDT, Azman Jalil berkata, tempahan bas perlu dilakukan lebih awal bagi mengelak ketiadaan pengangkut­an untuk membawa penyokong skuad Harimau Selatan.

Timbalan Presiden KPBJDT, Mohd Fadzli Sapie pula akan ke Alor Setar bersama

penyokong lain untuk menyaksika­n perlawanan terakhir Liga Super Johor DT menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.

“Selain menyaksika­n perlawanan liga itu, Fadzli akan mengadakan perjumpaan bersama Presiden Kelab Peminat Bolasepak Kedah (KPBK), Ahmad Fazli Mansor untuk mengeratka­n lagi hubungan antara dua kelab penyokong.

“Langkah perjumpaan itu bagi menyelaras­kan dan berbincang untuk kemudahan kedua-dua penyokong bola sepak dan ia dilihat mampu memberi impak positif terhadap penyokong masing-masing.

“Kami sedar keterujaan kedua-dua pasukan sama ada penyokong Johor DT atau Kedah inginkan pasukan mereka menjulang Piala Malaysia namun dalam keghairaha­n itu, kita juga harus saling hormat menghormat­i,” katanya.

Mengulas mengenai kejayaan

skuad Harimau Selatan melangkah ke final piala tertua rantau Asia itu, Azman berharap Johor DT mampu membawa pulang piala itu ke Johor selepas kali terakhir berbuat demikian pada 1991.

Percubaan Johor DT untuk memenangi Piala Malaysia pada 2014 tidak kesampaian selepas tewas 3-5 kepada Pahang menerusi penentuan sepakan penalti.

“Kami tahu kesungguha­n Kedah mahu mengekalka­n kejuaraan Piala Malaysia namun saya harap pemain Johor DT yang dibimbing Ulisses Morais menafikan hasrat skuad Helang Merah dan kami akan sentiasa memberi sokongan tidak kira menang atau kalah,” kata Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia