Harian Metro

SANG BEDAL TUMPAS AKHIRNYA...

- Alif Amal Azahari am@hmetro.com.my

Sekumpulan penduduk bergotong-royong menaikkan dua buaya yang berjaya ditumpaska­n Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam operasi penakaian (pengasinga­n) dijalankan di Sungai Rimbas dekat Kampung Hulu Tambak di sini, Isnin lalu.

Jurucakap SFC berkata, melalui operasi itu, pihaknya memasang umpan ayam di sepanjang lima kilometer sungai berkenaan sejak 17 Oktober lalu bagi menjerat buaya yang menghuni sungai itu.

Menurutnya, dua buaya berukuran 3.3 dan 2.8 meter akhirnya terperangk­ap selepas memakan umpan daripada 13 cangkuk yang dipasang pada jerat di sungai berkenaan.

“Operasi penakaian dijalankan di sungai berkenaan kerana kewujudan reptilia itu dilaporkan mengancam nyawa penduduk yang tinggal berhampira­n sungai.

“Ia juga bertujuan mengelakka­n konflik haiwan itu dengan manusia selepas seorang penduduk, Bentayan

Ilah, 31, dibaham buaya di sungai itu pada 24 September lalu,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Katanya, sebelum penangkapa­n dua buaya berkenaan, seekor buaya dipercayai membaham Bentayan juga sudah ditumpaska­n SWAT SFC pada 18 Oktober lalu.

“Dalam operasi sebelum ini, perut buaya berukuran 4.8 meter yang berjaya ditangkap dibelah sebelum menemui beberapa bahagian anggota badan manusia dipercayai milik Bentayan.

“Selepas tiga buaya ditangkap sepanjang operasi berlangsun­g sejak 17 Oktober lalu, operasi penakaian buaya di sungai berkenaan dihentikan Ahad lalu,” katanya.

 ?? FOTO ?? PENDUDUK menaikkan buaya
yang berjaya ditumpaska­n SWAT SFC di Sungai Rimbas dekat Kampung Hulu Tambak.
FOTO PENDUDUK menaikkan buaya yang berjaya ditumpaska­n SWAT SFC di Sungai Rimbas dekat Kampung Hulu Tambak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia