Harian Metro

Budak mengadu masuk ‘sampah’

-

Padawan: Seorang budak perempuan berusia empat tahun yang mengadu sakit pada kemaluan ketika membuang air kencing membongkar tragedi mangsa dicabul lelaki warga Vietnam yang bekerja dengan bapanya.

Difahamkan, suspek bekerja dengan bapa mangsa dalam bidang industri laut dalam dan menetap bersama di sebuah rumah di Kilometer 16, Jalan Matang di sini.

Perbuatan keji itu terbongkar selepas ibu mangsa yang juga warga Vietnam berusia 33 tahun curiga selepas anaknya mengadu sakit pada kemaluan, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­dan Aidil Bolhassan berkata, mangsa mendakwa pekerja bapanya memasukkan ‘sampah’ ke dalam kemaluanny­a sebelum itu.

Menurutnya, ibu mangsa melihat terdapat kesan lendir pada kemaluan anaknya sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Kawa, kira-kira jam 3 pagi semalam.

Katanya, susulan laporan itu, polis menahan lapan lelaki Vietnam berusia 19 hingga 47 tahun di rumah berkenaan dua jam kemudian bagi membantu siasatan.

“Mangsa masih belum dapat mengenal pasti lelaki yang didakwa memasukkan sesuatu pada kemaluanny­a.

“Mangsa sudah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaa­n lanjut, namun keputusan masih belum diperoleh setakat ini,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditinggalk­an bersama semua suspek antara jam 3 hingga 5 petang kelmarin kerana bapanya, seorang warga tempatan dan ibunya pergi ke Jabatan Imigresen di Kuching untuk memperbaha­rui visa pekerja terbabit.

“Semua suspek bekerja dalam industri laut dalam diusahakan bapa mangsa dan menetap sementara bersama mereka di rumah nenek mangsa.

“Semua suspek direman 14 hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

 ??  ?? SEMUA suspek warga Vietnam kes cabul kanak-kanak ditahan untuk siasatan lanjut.
SEMUA suspek warga Vietnam kes cabul kanak-kanak ditahan untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia