Harian Metro

Pupuk bayi membaca

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

 Reading Seeds Kits diberi pada ibu baru bersalin di klinik, hospital

Setiap bayi dilahirkan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak serta hospital di negeri ini akan diberikan kit bacaan asas atau

sebelum dibenarkan keluar bersama ibunya.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga, Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak negeri Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kit bacaan itu berfungsi sebagai program literasi untuk bayi yang direka khas dengan bacaan manual dilakukan ibu bapa.

Menurutnya, ia juga inisiatif untuk memupuk amalan membaca diberikan sejak bayi bagi membolehka­n pembesaran kanak-kanak itu berjalan dengan baik.

“Kami mahu menggalakk­an pembelajar­an sepanjang hayat dan kemahiran ini perlu dibangunka­n sejak anak itu dilahirkan.

“Penggunaan kit ini perlu dimanfaatk­an ibu bapa, semakin banyak bayi didedahkan dengan bacaan, semakin banyak perkara yang akan diketahui bayi sehingga zaman kanak-kanak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Penyerahan

Kepada Ibu di Wad Bersalin Hospital Umum Sarawak (HUS), kelmarin.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Rashidah Bolhassan, Pengarah HUS Dr Chin Zin Hing dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr Kamarudin Lajim.

Menurutnya, sebagai permulaan sebanyak 70 kit bacaan diserahkan kepada ibu yang baru melahirkan bayi di Wad Bersalin HUS.

“Program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membentuk komuniti Sarawak yang hebat, lebih-lebih lagi dalam menghadapi era digital,” katanya.

 ??  ?? FATIMAH (dua dari kiri) menunjukka­n Reading Seeds Kits yang diserahkan di Wad Bersalin, HUS.
FATIMAH (dua dari kiri) menunjukka­n Reading Seeds Kits yang diserahkan di Wad Bersalin, HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia