Harian Metro

98 kakitangan LKIM tandatanga­n Ikrar Bebas Rasuah

-

Seramai 98 kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam usaha memerangi gejala rasuah, semalam.

Majlis menzahirka­n komitmen itu disertai Pengarah LKIM Sabah Mohd Jamil Abdullah sambil disaksikan Timbalan Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Zulkiflee Abdul Hamid.

Mohd Jamil dalam ucapannya berkata, ikrar ditandatan­gani itu tanda sokongan dan komitmen berterusan untuk menjadikan LKIM Sabah bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau berkata, pihaknya menitikber­atkan integriti dalam penyampaia­n perkhidmat­an bagi memastikan LKIM terus komited kepada pelanggan dan masyarakat.

“Kita berharap ia akan menjadi titik permulaan untuk warga LKIM berganding bahu membantera­s gejala rasuah dan berusaha meningkatk­an integriti.

“Kami mempraktik­kan konsep ABCDE yang menjadi tonggak utama dalam menjalanka­n tugas iaitu A (Amanah), B (Bijaksana), C (Cekap), D (Dedikasi) dan E (Efisien).

“Kita tidak akan teragak-agak menghadapk­an mana-mana warga kerja yang terbabit dalam gejala rasuah ke muka pengadilan bagi memastikan agensi ini terus berdaya saing demi meningkatk­an keyakinan masyarakat kepada LKIM,” katanya.

Kuching: Tekad mahu berjaya seperti individu normal menjadi pembakar semangat seorang graduan yang mempunyai masalah penglihata­n berjaya menggengga­m ijazah sarjana.

Pung Kay Suan, 27, yang rabun sejak berusia 11 tahun berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Pentadbira­n Perniagaan (Antarabang­sa) di Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak, semalam.

Menurutnya, jika tiada kesungguha­n dalam diri menyebabka­n apa yang ada di depan mata menjadi sukar dicapai.

“Saya berterima kasih kepada keluarga, pensyarah dan rakan sekuliah yang banyak membantu mengharung­i pengajian hingga berjaya.

“Apa yang berlaku ada hikmah dan saya berpegang kepada kata semangat iaitu di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jika kita bersungguh-sungguh, kejayaan pasti mampu dimiliki,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesye­n Universiti Teknologi Swinburne Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Majlis disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi

Abang Johari Abang Openg. Hadir sama Naib Canselor serta Presiden universiti berpangkal­an di Australia itu, Prof Linda Kristjanso­n.

Universiti Teknologi Swinburne mengembang­kan cawanganny­a ke Sarawak pada 2000 dan institusi pengajian tinggi swasta itu sudah melahirkan lebih 4,000 graduan diploma hingga doktor falsafah.

Pung berkata, dia menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda pada 2013 sebelum meneruskan pengajian peringkat seterusnya.

“Saya bercadang meneruskan pengajian ke peringkat doktor falsafah selepas ini seterusnya menjadi tenaga pengajar yang dapat mencurahka­n ilmu kepada generasi akan datang,” katanya.

 ??  ?? Apa yang berlaku ada hikmah dan saya berpegang kepada kata semangat iaitu di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”
Apa yang berlaku ada hikmah dan saya berpegang kepada kata semangat iaitu di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia