Harian Metro

Perluas rangkaian

 Sport Direct buka cawangan kelima di Bukit Bintang berikutan permintaan pelanggan setia

-

Sports Direct Malaysia (Sport Direct) terus meluaskan rangkaian cawangan di negara ini dengan membuka cawangan kelima di Bukit Bintang berikutan terdapat permintaan daripada pelanggan setianya.

Pengarah Urusan SportsDire­ct.com, Paul Gibbons berkata, pihaknya melihat permintaan dalam aktiviti kecergasan di Malaysia menjadikan lebih ramai rakyat di negara ini menyertai pelbagai jenis sukan.

Beliau berkata, pada tempoh beberapa tahun kebelakang­an ini, pelbagai peringkat usia rakyat Malaysia berminat menyertai pelbagai aktiviti sukan berkumpula­n antaranya berbasikal, mendaki, larian, larian halangan dan aktiviti kecedasan lain.

“Kami berbangga dapat memainkan peranan untuk membantu rakyat Malaysia mendapatka­n keperluan alat sukan yang diperlukan mereka dan sekali gus membina komuniti sukan di negara ini.

“Ia juga selari dengan usaha Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia untuk menjadikan rakyat negara ini daripada sebagai pemerhati sukan kepada rakyat yang bersukan,” katanya pada satu kenyataan, semalam.

Pelancaran itu yang dilaksanak­an Gibbons dan disaksikan Pesuruhjay­a Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell, Pengerusi InvestKL, Michael K C Yam dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.

Cawangan terbaru itu mempunyai ciri berbeza dengan cawangan lain iaitu mempunyai pentas untuk kelas kecerdasan di tingkat atas yang boleh disertai pelanggan. Kelas berkenaan dijangka bermula antara 21 hingga 29 Oktober ini sempena Bulan Sukan Nasional.

 ??  ?? GIBBONS (duduk, kiri) bersama Vicki (duduk, tengah) dan Tan Sri Imran (duduk, kanan) pada majlis pelancaran, semalam.
GIBBONS (duduk, kiri) bersama Vicki (duduk, tengah) dan Tan Sri Imran (duduk, kanan) pada majlis pelancaran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia