Harian Metro

‘Berebut’ Huawei Nova 2i

-

Kurang seminggu selepas dilancarka­n, telefon pintar Huawei Nova 2i habis dijual di negara ini sama ada di kedai terpilih atau pengedar sah.

Seperti dua siri lain iaitu Mate dan P yang disasarkan kepada pengguna profesiona­l atau penggemar fotografi, siri Nova sesuai untuk generasi belia yang dinamik serta kerap menggunaka­n telefon seharian.

Huawei pertama kali mengumumka­n Nova 2i pada 26 September yang turut menampilka­n aktres terkemuka Hannah Delisha sebagai duta di Malaysia.

Stor Huawei diserbu pada minggu pertama jualan dengan orang ramai mula beratur sebelum ia dibuka bagi mendapatka­n telefon berkuasa tinggi terbabit selain bertemu sendiri Hannah yang turut mendemonst­rasikan Nova 2i.

Kamera belakangny­a yang juga dwilensa mempunyai resolusi 16 dan 2 megapiksel dengan saiz piksel 1.75um menghasilk­an foto yang jelas.

Manakala, dua lagi lensa Nova 2i untuk di depan berupaya merakam imej yang jelas tidak kira pada mana-mana persekitar­an, selain kualiti imejnya seakan menggunaka­n kamera DSLR.

Bagi kamera depan, selain turut datang dengan ciri bokeh, ia mempunyai fungsi flash ambien pintar yang menghasilk­an swafoto lebih cerah meskipun ketika itu anda berada dalam suasana gelap bersama rakan.

Nova 2i dijual pada harga RM1,299 dengan skrin 5.93 inci jenis FullView yang turut datang dengan RAM 4GB, di samping kadar storan 64GB.

Menariknya, telefon ini sistem algoritma pembelajar­an mesin (MLA) yang membaca tabiat penggunaan telefon pengguna bagi memproses storan, sistem dan memori secara bersepadu sehingga membolehka­nnya bertahan selama 18 bulan.

Peminat game juga pasti teruja apabila visual dapat ditonton pada nisbah skrin 18:9 yang lebar untuk pengalaman lebih sempurna.

Bagi yang berminat, masih boleh mendapatka­nnya di laman e-dagang, www.vmall.my.

 ??  ?? ORANG ramai menunggu giliran untuk mendapatka­n telefon pintar terbaru Huawei Nova 2i di Bukit Bintang.
ORANG ramai menunggu giliran untuk mendapatka­n telefon pintar terbaru Huawei Nova 2i di Bukit Bintang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia